Thursday, May 2, 2013
Dua Generasi
"Weih, nak pergi makan mana hari ni?" tanya Risham kepada tiga sahabatnya yang lain. Nyanyian perutnya itu mula menjadikan si empunya badan kurang enak.Laparnya itu sengaja ditahan kerana waktu untuk Solat Maghrib sudah suntuk.
"Aku lapar jugak ni, kalau pekena nasi sedap jugak ni," cadang Amin.
"Tapi aku dah makan dah tadi, sejurus sebelum datang sini.Nasib baik sejurus, kalau dua jurus,"seloroh Shafiq sambil membuka kuda-kudanya.Maklumlah bekas ahli silat gayung lah katakan.
"Aku ikut ja,"kata Nazrul.
Mereka berjalan ke arah sebuah kedai yang terkenal dengan jualan nasi di kawasan penempatan mereka. Selesai sahaja makanan dipesan, Shafiq cuba untuk memulakan perbualan.
"Eh, budak sekolah korang yang kat Seremban dengar kata nak kahwin dah kan?"
"Ha'ah.Dia baru buat pengumuman kat group sekolah kat facebook semalam," kata Risham.
"Hang bila pulak?Tak elok tunggu lama-lama ni,"Amin mula menyerang Risham yang selalu digosipkan dengan seseorang.Serangan yang menggunakan loghat utara itu menyebabkan keempat-empat mereka tersenyum.Senyuman si Risham disertai dengan 'blushing'.
"Eh,apa aku pulak? Tu si Nazrul tu, bukan boleh sangat.Senyap-senyap ja, tengok-tengok dia dulu," Risham cuba menepis serangan Amin.
"Padia ang ni?Haram sungguh,"bunyi loghat utara yang keluar dari mulut Nazrul menyebabkan tiga orang yang lain ketawa.
------------------------------------------------------------------------
Enjin kereta dihidupkan. Tatkala itu, radio turut terpasang.Mengalunkan lagu-lagu malar hijau sempena hari lebaran.Setelah semua ahli keluarga sudah berada di dalam kereta, ayah pun memulakan perjalanan. Perjalanan ke kampung yang terkenal dengan Dato' Sagor ini mengambil masa lebih kurang dua jam.
Adik-adik aku sudah terlena. Bosan. Pandangan aku tertarik ke muka ayah aku yang kelihatan ceria semacam.Timbul tanda tanya.Ayah perasan dengan pandangan hairan aku.
"Hari ni kita jumpa kawan sepermainan abah merangkap saudara susu abah.Dah lama dah abah tak jumpa dia. Dekat 10 tahun dah rasa. Selalu waktu kita balik raya , dia balik rumah isteri dia kat Selangor. Tadi dia sms abah yang dia ada kat kampung,"cerita ayahku panjang lebar.
"Eh, abah ada saudara susu?Tak pernah tahu pun,"aku hairan.Aku dah habis PMR tapi hanya tahu tentang perkara ini tadi.
"Waktu opah lahirkan abah dulu,opah sakit.Jadi dia bagi la sepupu dia susukan abah."
Aku mula faham.Dulu, sekampung tu boleh dikatakan semuanya adik-beradik.Tapi zaman sekarang, orang muda berpindah ke bandar untuk cari pekerjaan.Sebab tulah,anak-anak mereka kadang-kadang sampai sepupu pun tak kenal.
Sampai di kampung,ayah terus memandu ke rumah saudara susuannya . Kelihatan seorang yang berumur sebaya dengan ayah aku sedang duduk-duduk di serambi. Kereta yang masuk ke halaman rumahnya pada mula disambut dengan dahi yang berkerut,kemudian senyuman ke telinga pula menyusul.
"Eh,Tang.Ape kabo kamu ni?Lame tak dengo cerite nye ha. Dah berape anak nye?"kata lelaki tadi sambil menyambut salam kami adik-beradik.
"Udoh enam.Kamu pe kabo,Mat?Lame bebeno tak dengo cerite,"tak semena-mena terkeluar loghat Perak ayah aku ni. Seronok sangat agaknya.
"Teman ni rupe ini le."jawabnya ringkas.
Suasana agak meriah ketika itu.Masing-masing mungkin mengubat rindu agaknya. Sembang-sembang orang tua la katakan.Malas aku nak ambil endah.
Tiba-tiba suasana terdiam seketika.Mungkin sudah habis modal untuk meneruskan perbualan.
"Mior ape cerite sekarang ni?Lame benor tak dengor cerite deme,"ayah aku cuba untuk membuka semula perbualan.
"Mior mane ni?"
"Alah.Mior anak Cikgu Ayub yang selalu kite pegi rumah die tengok tv ,"ayah aku cuba memberikan klu-klu agar Mior yang dinyatakan berada dalam kota minda Pak Mat.
"Oh.Mior itu.La, Mior itu dah lame dah takde.Dengornye kene sakit jantung.Kome tak tahu ke?"pernyataan itu disambut dengan muka terkejut ayahku.
"Bile?Allah, takde sape kabo ke teman."
"Baru lagi.Bulan due rasenye."
Monday, October 22, 2012
"Same le dengan kite"
Enjin kereta dihidupkan. Kereta Honda City merah hati yang berhenti sebentar tadi berhenti di hadapan pusat membeli-belah Landmark Central Kulim mula menuju ke arah Lunas.Barangan keperluan rumah yang dikirim emak sudah habis dibeli.Ayahku yang berada di tempat pemandu kelihatan memberi sepenuh perhatian terhadap pemanduannya.Aku duduk diam di sebelahnya dengan alasan tidak mahu mengganggu pemanduan.
Tidak semena-mena,ayahku menyapa,"Tak pernah terfikir nanti nak pakai kereta apa?"
Aku yang tadi tersengguk sebentar tadi terkejut dengan sapaan itu dan berpura-pura menjawab dengan tenang.
"Hmm..setakat along pikir mula-mula nak pakai Myvi ja dulu...lepas ada duit sikit tengok la camna..BM ka..hehehe..."
Bila buka ja cerita pasal kereta..hmm aku dengan ayah aku dua-dua sama naik...Minat yang sama.Darah yang mengalir di dalam badan ini...Cewah...Punya berpujangga.Ayah aku dulu memang tak tau nak sembang apa..Mungkin sebab kecik lagi kot..takkan nak sembang pasal Power Rangers plak..Memang tak masuk la..Hmm..
.....................................................................................................................
Dah lama dah tak tulis kat blog ni..Jadi hari ni nak la sembang2 sikit..Ok..Bes tak cerita kat atas ni?Starting aku punya la tahan,kalau org kedah cakap 'pedo',tapi aku malas dah nak tahan sebab perkataan aku nak pakai tak keluar2..so aku main hentam tulis ja..
Aku terfikir nak tulis benda ni bila terbaca satu post kat fb yang jadikan aku macam "wow!!!"hahaha..Exagerate gila..
Bila fikir balik sebenarnya betul gak la...Persamaan mampu merapatkan silaturrahim..buat benda yang diminati bersama-sama pun boleh menyebabkan kepercayaan kita terhadap seseorang boleh meningkat dengan mendadak...apatah lagi kalau mempunyai latar belakang yang sama.So, perlulah kat sini kalau nak rapat dengan seseorang kena cari titik persamaan tu dulu..kalau tak,jadilah istilah dia "potong line" yang bermaksud dah jadi tak bes dan hambar.
Macam tu la dengan Al-Quran..Firstly,aku nak cakap aku bukan orang yang ahli dalam bidang ni..tapi aku rasa bagi orang yang beginner,baru nak try dekat2 dengan Al-Quran,cuba cari titik persamaan tu.Contohnya,sesetengah orang rasa hidup dia penuh dengan dugaan yang sukar...mungkin kisah Surah Yusuf menjadi pilihan hati untuk mengubat jiwa..Agak bes jugak la guna pendekatan ni..tapi point aku kat sini bukan kata ambik separuh,buang yang lain..Hukum tetap hukum..tapi yang ni adalah tentang camna nak rasa seronok bila baca Al-Quran..kan2?
Hmm setakat tu ja la kot..tak tau nak tulih apa dah..ok la tulih sikit2 daripada biar terus blog ni..Harap memberi manfaat..
Monday, June 18, 2012
Kalam Yang Diingati
Assalammualaikum...
Malam ni aku balik dari perkongsian dari senior2..Memang dah jadi kebiasaan apabila bermula semester baru,makan perkongsian ini perlu bagi memudahkan proses kami untuk 'tackle' subjek-subjek dan mengenali pensyarah yang terlibat dalam subjek tersebut..Tapi tu bukanlah point aku malam ni..Yang paling aku tertarik adalah pada slot motivasi..Tatkala panel menyebut,"Jangan pernah berprasangka pada Allah..."Aku tersenyum.
..............................................................................................................................................................
I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
Tatkala alunan lagu ni menyentuh gegendang telinga aku, kawasan bebola mata ini mula bertakung.Dada aku terasa sangat sempit menahan sebak.Fikiran aku bercelaru.Perasaan ni tak pernah aku rasa.Kerisauan aku terhadap peperiksaan yang akan menjelang sangat tinggi. 'Carry mark' yang dianggap seperti telur di hujung tanduk itu menjadikan aku tidak senang duduk. Keyakinan aku jatuh merudum. Aku memerlukan tempat untuk mengadu.Lantas dompet yang berada di atas meja itu aku capai untuk membeli kad ala-ala 'Ring Ring Card' untuk menelefon Malaysia.
Gagang telefon diangkat..Saat aku mahu memulakan bicara,ketika itu jugalah air mataku jatuh mencurah-curah..Aku terpaksa mengambil beberapa minit untuk menenangkan diri untuk menyambung perbualan.Di sebelah sana,melalui nada ibuku di sebelah sana,aku dapat merasakan kerisauannya.Bukan niatku untuk merisaukan,tetapi aku dah taktau di mana harus aku tuju.Satu persatu kata-kata semangat diberikan kepada aku...apabila gagang diserahkan kepada ayahku,dia cuba menggunakan teori logik untuk meyakinkan aku....aku berasa sedikit selesa..hingga ke saat akhir,aku diisi dengan nasihat2 rohani..semua pesanan ni sebenarnya seperti checklist,jika ada kesalahan yang aku buat pada manusia mahupun pada Allah..Tetapi kata-kata akhir ibuku yang paling aku tidak boleh lupakan..."Jangan berprasangka dengan Allah,tak baik.Apa yang Dia tentukan adalah yang terbaik untuk kita.Dia sentuh kita,bermakna Dia sayang kita.Mungkin Dia tak mau kita leka,sapa tahu?"...Tidak kurang juga ayahku juga berpesan,"Minta ja dekat Dia.Kat sapa lagi kita nak mintak kalau bukan kat Dia.Along sekarang ni dah macam duduk kat atas sebuah perahu kat sebuah lautan.Kalau kena lambung ombak,tak mustahil boleh terbalik.Mintak kat dia."
..................................................................................................................................
Macam tu la perkongsian aku serba sedikit yang InsyaAllah bertujuan untuk muhasabah pada malam hari ni.Dalam kehidupan ni,kita sering diduga dengan macam-macam ujian yang kadang2 kita tak jangka.Tapi satu benda yang kita kena ingat.Siapa lah kita kat muka bumi ni sebenarnya?Berhak ka kita nak pertikai apa yang ditentukan olehNya? Yang penting kita dah berusaha sehabis daya dan berdoa..Kalau dulu,mungkin orang akan kata kat aku cakap memang senang...dan aku tak boleh kata apa-apa..tapi sekarang aku boleh kata,aku dah rasa benda tu walaupun mungkin sedikit...adakah semua yang kita kecapi hari ni cukup sekadar usaha kita yang tak seberapa ni?Jawapannya ialah TIDAK.Tapi ingat yang dilihat itu bukan pada natijah tapi pada usaha yang sehabis daya.JANGAN PATAH SEMANGAT.Kerana ajal itu ditentu Allah.Terus mencuba walaupun terpaksa merangkak ataupun mengengsot..BERSYUKURLAH..dan jangan berprasangka denga Allah..Sebab kalau nak difikirkan,sangat banyak kiranya nikmat Allah pada setiap hari yang dilalui..seperti firmanNya
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
(Surah an-Nahl, ayat 18)
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Wassalam.
Saturday, April 28, 2012
Kerna itu,Aku...
Assalammualaikum,
Dah lama kiranya laman ni tak aku kunjungi apatah lagi mencoret sepatah dua yang menjadi tatapan buat semua..Hmm..Banyak sebenarnya yang berlaku ketika sang masa yang patuh akan perintah tuhannnya...Sentiasa bergerak detik demi detik,saat demi saat,minit demi minit,jam demi jam, dan begitulah seterusnya sunnatullah itu ditentukan oleh Maha Pencipta....Cepat?Lambat?Itulah perasaan yang dialami yang oleh setiap penghuni di lapangan ini...
Namun,lapangan ini jugalah menjadi jalan sehala yang tanpa u-turn ...Dari yang mungkin berputik mungkin dah berbunga,yang muda sudah pun menjadi tua,dan tidak kurang juga yang hidup sudah pun mati..Dan semua itu terjadi dengan perancangan oleh yang menguasai seluruh alam ini..Dan hari ini aku terfikir untuk menulis post ni..
Bunyi serius gila..aku pun taktau camna benda ni aku boleh terpikir nak tulis..Hmm..Bukanlah..Cuma satu bentuk refleksi dekat diri aku sendiri n member2 pasal masa ni...sesuatu yang tak berjisim tapi sangat rapat dan penting dalam kehidupan manusia..
Dan sepanjang masa tu bergerak,perubahan berlaku...dan kadang2 kita tak sedar proses perubahan tu..Sedar2 ja,yang kita nampak, hasilnya...Dan sebab tu la kena selalu muhasabah diri...supaya perubahan yang berlaku pada diri kita bukanlah perubahan yang tidak baik..
Tidak kurang juga yang berubah kerana berlaku sesuatu yang dianggap musibah mahupun hidayah.Terus hidupnya berubah 180 darjah...Apa yang diharapkan dan didambakan sudah menghadap jauh dari asal permulaannya..Hairan dan takut sebenarnya...sebab aku sendiri pun merasai perkara ni berlaku kat diri sendiri..
Dulu aku persoalkan kenapa begitu dan kenapa begini?Tapi sekarang aku rasa soklan tu dah terjawab..Betullah firman Allah:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji org-org sebelum mereka, maka Allah
pasti mengetahui org-org yg benar dan pasti mengetahui org-org yg dusta.” [29:2&3]
pasti mengetahui org-org yg benar dan pasti mengetahui org-org yg dusta.” [29:2&3]
Oleh sebab itu,perlu untuk sekurang-kurangnya bersedia dengan apa jua yang mungkin akan menimpa diri..Sebab kepada yang melepasi ujian-ujian ini pasti ada ganjaran yang menunggu..tidak pun di dunia pasti di akhirat...Bukankah Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang?
Wassalam
Friday, February 10, 2012
'Pengetahuan Setitik Air Di Lautan'
Tidak semua perkara dipandang pada rasionalnya,
Ada perkara wajib percaya,
Tanpa bukti di depan mata,
Itulah rahsia yang Maha Kuasa.
Assalammualaikum,
Semester dua yang bermula memberikan seribu satu rasa dalam diri.Seronok mungkin sebab dengan ini InsyaAllah bertambah lagi ilmu yang di dada yang dikatakan walau sebanyak mana pun hanya diibaratkan seperti setitis air di lautan.Hmm..Gementar mungkin kerana ini adalah masa penyesuaian aku bersama sistem pembelajaran yang baru.Kami akan didedahkan dengan pengetahuan yang baru melalui sistem2 yang berada dalam badan manusia.Tapi walau apa pun perasaan tu,yang penting aku harapkan semua yang berlaku selepas adalah yang terbaik untuk aku.
Macam biasa setiap post aku,mesti la aku nak kongsi sesuatu dengan semua pembaca.Apa yang aku rasa.Mungkin sesiapa nak bagi pendapat lepas ni pun ok ja.Sekarang ni,aku start belajar ngan Hematopoietic and Lymphatics System.Secara keseluruhannya,kami akan belajar pasal darah dan lymph(lebihan darah yang keluar ke interstitial fluid).Walaupun baru ja start,tapi dah ada beberapa perkara yang aku rasa menarik dan semakin teruja untuk terus belajar dan belajar.
Benda pertama yang aku rasa sangat menarik ialah tentang histology sel darah merah.Seperti yang dipelajari,sel darah merah terlibat dalam 'transportation' pelbagai bahan dari oksigen,karbon dioksida,hormon,nutrient hinggalah ke 'waste products'.Menarik teknologi ni.Tapi ada yang lebih menarik.Untuk pengetahuan semua,diameter untuk satu sel darah merah ialah 7 micrometer.Tapi diameter salur darah 'capillaries' hanyalah dalam lingkungan 6 micrometer.Persoalannya,macam mana sel darah merah yang besar ni nak lalu salur darah kapilari yang lebih kecil?Ajaib kan?Namun,setelah dikaji,sel darah merah ni telah dilengkapi dengan protein yang membolehkan sel ini menjadi fleksibel yang dinamakan spectrin.Spectrin ni dibantu lagi dengan protein yang dinamakan ankyrin yang mengukuhkan 'cell membrane' tadi daripada pecah(hemolysis).Selain itu,bentuk sel darah merah yang berada dalam keadaan 'biconcave' turut menentukan fleksibiliti sel ini melalui salur darah kapilari.
Bukan setakat itu sahaja, teknologi ini juga membantu untuk menentukan normalnya sel darah merah itu sendiri.Seperti yang kita semua tahu,semua yang hidup,pasti akan merasai mati.Samalah kiranya dengan sel darah merah.Secara puratanya,jangka hayat satu sel darah merah ialah dalam lingkungan 120 hari.Semakin tua satu sel darah merah,saiznya akan menjadi lebih besar.Dan apabila sel darah ini merasakan dirinya sudah menghampiri ajalnya,maka dia akan ke spleen(limpa kot),yang mempunyai diameter kapilari yang lebih kecil.Dan di situ,hemolysis berlaku.Namun,kematiannya tak sia-sia.Sebab 90 peratus daripada heme yang digunakan untuk menghasilkan sel itu datangnya daripada sel-sel darah yang sudah mati itu.
Kita beralih pulak pada penyakit yang melibatkan sel ni.Iaitu anemia.Anemia ni secara umumnya adalah kurangnya kapasiti oksigen yang dibawa oleh sel darah merah itu sendiri.Tapi orang kebanyakan selalu akan guna istilah kurang darah.Banyak kiranya jenis2 anemia jika ingin dijelaskan.Tetapi apa yang ingin diketengahkan di sini ialah anemia yang dikelaskan mengikut saiz darah merah itu sendiri.Jika sel ini tidak berada dalam saiz yang normal,sudah tentunya ia tidak akan berada dalam keadaan fleksibel.Istilah yang digunakan ialah Macrocytic jika saiznya melebihi 9 micrometer dan microcytic kurang daripada 6 micrometer.
Daripada sini,dapatlah kita katakan bahawa ciptaaan oleh Ilahi yang Maha Hebat ini sangat menarik untuk dihayati dan diambil pengajaran.Kita lihat macam mana sel yang besardapat melalui kapilari yang lebih kecil.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
Wassalam
Friday, February 3, 2012
Optimis?Boleh ke?
Yakinkan aku tuhan,
Dia bukan milikku,
Biarkan waktu,
Hapus aku.
Risham yang lena dibuai mimpi indah hanya berbantalkan lengan di atas salah satu meja di kelas Tingkatan 3 Maju itu.Alunan lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Nidji yang sedang meningkat naik pada zaman itu terngiang-ngiang di telinganya.Mana tidaknya.Cuti akhir tahunnya hanya banyak dihiasi dengan lagu itu di corong2 radio.Oleh itu,tanpa lagu itu dimainkan di telinganya pun,lagu itu seolah-olah merasuk kotak pemikirannya yang sedang berada di alam fantasi.Tiba-tiba,satu suara yang dianggap asing merosakkan struktur lagu kegemarannya itu.
"Mana ketua kelas kamu?"suara itu mengherdik.
Risham terbangun.Semua mata ahli kelas itu tertumpu kepadanya.Senyap.Namun,bagi Risham itu adalah perkara biasa.Kelas Tingkatan 3 Maju sememangnya terkenal dengan julukan kelas paling pandai dan paling senyap dalam keseluruhan tingkatan itu.Sebahagian besar pelajar kelas itu menggunakan peluang senyap itu untuk menelaah buku pelajaran bagi memahirkan diri mereka menjawab peperiksaan PMR yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.Namun, Risham menggunakan peluang itu untuk membuaikan dirinya ke alam mimpi.Setiap kali cikgu tidak masuk ke kelas,kelas persediaan petang dan juga sebahagian besar waktu cikgu mengajar di dalam kelas.Bukannya tidak mahu berjaga,tetapi segalanya berlaku secara automatik.Dia pun sendiri pelik dengan fisiologi badannya sendiri.
"Saya,cikgu,"jawab Risham sambil berdiri.
Dia sudah tahu apa yang akan dihadapinya.Sebenarnya,waktu itu merupakan waktu kosong yang disediakan oleh pihak sekolah untuk tujuan kebersihan dan keceriaan.Lawatan sekolah lain yang akan ke sekolahnya untuk tujuan "bench-marking",memerlukan pihak sekolah menyediakan satu hari untuk tujuan itu di sekolah mahupun di asrama.Namun,akibat ahli kelasnya yang lebih sibuk menelaah pelajaran pada waktu tersebut dan dia yang ketandusan idea menyebabkan dia mengalah kepada sikapnya yang suka tidur itu.
"Mari ikut saya,"arah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang berumur dalam lingkungan pertengahan 40-an itu.
Risham hanya mengikut arahan itu dalam keadaan yang separuh terjaga.Dia dibawa ke kelas sebelah.Kelihatan ahli kelas itu sedang sibuk menceriakan kelas mereka.Papan kenyataan kelas dihiasi dengan warna-warni agar membangkitkan suasana ceria.Dinding-dinding kelas dihiasi dengan kata-kata hikmah yang boleh memberikan inspirasi kepada mereka yang bakal menempuhi peperiksaan yang penting pada tahun itu.
"Ketua kelas apa kamu ni?Harap ja kelas budak pandai.Tapi keceriaan pun tak boleh buat.Kelas-kelas belakang boleh ja buat keceriaan.Kamu boleh buat apa?"
Cacian dan tohmahan itu diterima olehnya dengan hati terbuka.Dia tahu ini balasan yang akan diterima.Tapi apa yang boleh dia lakukan.Mandat yang diberikan bukan atas permintaannya.Bukannya ahli kelasnya tak tahu akan sikapnya yang lebih suka tidur daripada buat perkara2 lain.Dia sendiri pun bingung tentang keadaan tu.
...................................................................................................................
Kali aku bagi panjang sikit cerpen kat ni...Selalunya pendek je kan.Test power....Untuk pengetahuan semua,aku telah berjaya menghabiskan proses pembacaan novel "Hatiku Di Harajuku" karangan novelis thriller tanah air Ramlee Awang Murshid.Ini adalah novel kedua yang aku habiskan selepas novel "Cinta Sang Ratu" yang aku habiskan pada awal tahun 2008.Dengan ini,jelaslah bahawa aku seorang yang malas membaca.
Celoteh panjang.Isi tak masuk lagi.Hari ni aku nak cita sikit la pasal optimis.Pelik kan?Takdak angin,takdak ribut tiba-tiba aku nak cita pasal benda2 camni.Entahlah.Tiba-tiba aku rasa,sikap ni adalah satu elemen penting dalam kehidupan kita yang penuh mehnah dan tribulasi ni(tu dia aih,agak-agak la nak buat ayat canggih pun).Setiap hari yang dilalui,mesti akan ada ujian dan cabaran yang mendatang.Tapi yang penting,bukanlah sebesar mana ujian dan cabaran tu,tapi secekap mana kita sebagai manusia menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk menguruskannya.
Macam cerita kat atas ni.Agak-agak apa yang akan jadi kat budak Risham.Adakah dia akan salahkan diri dia sendiri atas kesilapan itu?Atau dia akan salahkan ahli kelas dia yang pilih dia jadi ketua kelas tu?Atau dia akan cuba berubah?Atau dia akan letak jawatan daripada jadi ketua kelas?Atau,atau,atau dan atau...
Banyak kemungkinan kan?Tahap berfikir yang membezakan tindakan seterusnya yang diambil.Ada yang melihat tohmahan dan cacian sebagai cabaran.Tapi tak kurang juga yang melihatnya sebagai penghinaan.Dan ada yang melihatnya sebaga jalan keluar untuk lari dari keadaan.Terpulang kepada masing-masing menilai secara optimis dan terbaik untuk diri mereka.Aku tak mau nak tentukan yang sepatutnya dan tak sepatutnya.Terpulang kepada masing-masing untuk menilai.
Bagi aku,semester depan merupakan semester yang penuh debaran.Sebab sistem pembelajaran semester depan akan menjadi sedikit berbeza daripada sebelum-sebelum ni.Kami akan diperkenalkan kepada dunia perubatan yang sebenar mengikut sistem-sistem badan manusia.Agak gementar dan takut.So,dalam keadaan ni sikap optimis diperlukan.Caranya hanya dengan melihat waktu sekarang tanpa melihat masa lalu yang akan menimbulkan penyesalan dan masa hadapan yang akan mendatangkan kerisauan.Bak kata Mendua dalam lagu "Hampir Ke Situ"...."Biar orang katakan,tak punya harapan,bukan mereka tentukan takdir".Walaubagaimanapun,kita seharusnya bersedia,bukannya leka.Apa yang aku cuba sampaikan di sini,jangan sampai meramal perkara-perkara yang buruk yang akan berlaku yang hanya membantutkan semangat.So aku ambil kesempatan ni untuk meminta pembaca-pembaca,mendoakan aku n rakan-rakan yang bakal menempuhi semester kedua yang pastinya lebih mencabar diri kami sebagai mahasiswa dalam bidang Sains Kesihatan ni.Aku akhiri post aku kali ni dengan terjemahan ayat Al-Quran dari surah Al-Anfal ayat 60.
Dan sediakan lah untuk mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap dan sedia untuk mengerunkan musuh-musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahuinya, dan apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianaiaya.
Terbang Mencari.....(Part 2)
19 Januari 2012
8.30 pagi: Aku dan rakan-rakan kembali bertenaga dengan rehat yang cukup dan semangat yang masih berkobar-kobar..Maklumlah, first day berjalan...Tambahan pula,waktu subuh yang masuk pada pkul 7.00 pagi..maka kami dapat tidur dengan nyenyak dan lama tanpa perasaan bersalah..Setelah mengalas perut dengan bekalan yang ada,kami bergegas ke perhentian bas setelah diminta tunjuk arah daripada bahagian resepsi hotel[tugas dilakukan oleh Razwan(bukan nama sebenar)]..Sampai di perhentian bas,aku agak takjub kerana setiap perhentian bas akan dimaklumkan lagi berapa minit bas seterusnya akan sampai..dah macam train plak....secara logiknya,jalan raya yang mempunyai pelbagai kemungkinan untuk berlaku apa2 perkara yang tidak diingini seperti traffic jam sukar untuk kita menentukan waktu tersebut dengan tepat.Jawapannya,hanya dengan disiplin yang tinggi sahaja,segalanya mungkin..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit hingga 30 minit untuk ke destinasi kami pada pagi ini iaitu Alhambra.Setibanya kami di Alhambra,kami tidak perlu beratur seperti yang lain kerana kami sudah menempahnya melalui laman sesawang.Tapi sebenarnya tiada masalah kalau ingin membelinya di kaunter kerana musim sejuk bukanlah musim yang menjadi pilihan untuk kebanyakan orang untuk melancong..
Alhambra secara keseluruhannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu General Life dan juga kawasan Alhambra itu sendiri.Kawasan general life ini merupakan taman yang dihiasi dengan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.Terdapat tanaman ini ditanam dengan jarak yang tertentu yang apabila pokok ini meninggi mampu membentuk pintu gerbang.
| Sekitar kawasan general life |
Kawasan Alhambra pula dihiasi dengan pelbagai monumen yang cantik dan masih kukuh berdiri tanpa ditelan zaman. Dengan teknologi pembinaan yang tidak begitu canggih untuk membinanya pada waktu itu,sudah cukup untuk menghasilkan bangunan yang tetap berdiri sehingga hari ini.Terdapat dua binaan yang ingin aku ketengahkan ketika ini iaitu Alcazaba dan Nasrid Palace.
Alcazaba merupakan kompleks ketenteraan yang dibina untuk melatih para tentera untuk tujuan peperangan.Maka,tidak hairanlah jika kedudukannya berada tidak jauh daripada kawasan istana.Ia mungkin untuk tujuan keselamatan dan juga pemantauan.Dari beberapa castle(tak tau nak terjemah apa) di situ,ada sudah mampu melihat sekitar granada dari kedudukan pelan(pengaruh lukisan kejuruteraan kemahiran hidup yang bermaksud kawasan atas).
| Gambar kota granada dari kedudukan pelan |
Kita beralih pula kepada Nasrid Palace yang merupakan bangunan utama yang menjadi tarikan di kawasan Alhambra. Rasa seronok tak terhingga melangkah masuk ke kawasan ni sebab boleh tengok patung singa dalam buku teks tingkatan 4 secara life.Wah..Rasa berdebar-debar ada gak macam nak masuk dewan upsr dulu(penggunaan unsur hiperbola di sini).Untuk pengetahuan semua,kawasan ini tidak boleh dilawati sesuka hati kerana bilangan orang yang boleh masuk ke kawasan ini adalah terhad dalam satu-satu masa seperti yang tertera di dalam tiket.Kawasan Nasrid Palace kami lawati dengan tenang dan girang.Satu-persatu monumen kami tonton.Jantung berdegup kencang tatkala melihat papan tanda ke Dataran Singa itu.Setibanya kami di kawasan tersebut, harapan yang aku bina seperti menatang minyak yang penuh pecah berderai menjadi pasir di tepian pantai(memang puitis tahap cipan ni).Hal ini kerana kawasan tersebut sedang melalui proses conservation.Oleh sebab itu,saya berazam untuk datang lagi ke granada pada masa akan datang.
Kawasan keseluruhan Alhambra ini sangat luas untuk dilawati.Walaupun memulakan pengembaraan di sini agak awal,namun kami selesai melawat keseluruhan kawasan dalam sekitar jam 1500.Memang lama.
2100(waktu spain)-Terasa agak segar setelah mengambil masa rehat sebentar di tempat penginapan.Keletihan di Alhambra sudah pun terubat walaupun hanya dengan rehat yang sedikit.Namun,perut yang mula mendendangkan alunan kurang enak ini,menjadikan kami terpanggil untuk menjengah restoran-restoran makanan halal di sekitar kawasan ini.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja maggi itu menjadi taruhan perut yang berdondang sayang,namun masa depan harus difikirkan kerana perjalanan masih jauh.
Dengan tindakan cekap Razwan(bukan nama sebenar),kami berjaya menemukan jalan yang membawa seolah-olah berada di Morocco.Terkesima aku melihat keadaan kedai-kedai makan yang kebanyakannya menyalakan lampu yang malap light intensity-nya yang kononnya mampu meniup suasana romatis.Namun, kebanyakan kedai di lorong ini bukanlah restoran,tetapi kedai-kedai cendera mata,hati mahupun jantung(jika ada).Kalau ingin menjadi seorang yang bijak,maka survey-lah terlebih dahulu untuk mendapatkan buah tangan yang murah untuk dibawa pulang.
Oleh sebab restoran yang berada di lorong ini menyajikan juadah mereka dengan harga yang agak tinggi dan agak diragui kesahihan halal,maka kami bertanyakan Pak Cik Si Penjual Buah Tangan untuk menunjukkan kami restoran yang menyajikan juadah dengan harga yang berpatutan dan dijamin halal.
Setelah makan,kami berasa kenyang dan puas.Walaupun tidak mendapat nasi sebagai hidangan,tetapi kus-kus dan roti morocco sudah cukup menenangkan keadaan perut yang sedang porak peranda.Perut sudah kenyang,mari kita tidur.
20 Januari 2012
0900(waktu spain)-Setelah selesai urusan check-out dan penyimpanan bagasi,kami meneruskan pengembaraan di sekitar kawasan albaycin yahg berada tidak jauh.Seperti biasa, Razwan menjalankan tugasnya sebagai ahli peta yang berjaya menjejaki satu persatu monumen di sekitar kawasan itu berpandukan peta yang dibekalkan kepadanya.Banyak kiranya monumen2 yang telah kami terokai dengan bantuan kecekapan beliau.Kami juga berpeluang berjalan di lereng gunung menghayati ciptaan kehijauan alam ciptaan Ilahi yang didambakan bagi setiap pencinta alam.Kepenatan sepanjang perjalanan terubat dengan menghirup udara nyaman di situ.Hmm..
Sepanjang perjalanan,kami ditemukan dengan sebuah masjid yang bersebelahan dengan dengan sebuah gereja.Tetapi kami dikira kurang bernasib baik kerana masjid itu ditutup pada waktu tersebut dan hanya dibuka pada waktu solat jumaat yang berbaki masa 2 jam lagi waktu itu.
Salah satu monumen yang menarik minatku untuk diceritakan di sini ialah rumah mudejar(orang bukan Islam yang mengamalkan cara hidup orang Islam).Menarik.Kerana konsep taman di persekitaran kawasan rumah ini mirip dengan general life yang dilihat di Alhambra.
Kami juga berjaya menjejaki kota lama di kawasan Albaycin ini.Agak tenang dengan bunyi deruan air yang mengalir tidak jauh dari kawasan ini.
| Berada di kota lama Albaycin |
1600(waktu spain) - Kami bergegas ke tempat penginapan untuk mengambil beg yang disimpan dan bergerak menuju ke estacion(stesen) bas untuk ke Malaga.Sebelum itu,kami mengisi perut yang ingin dikasihani agar tidak menderita sepanjang perjalanan yang akan mengambil masa lebih kurang 3 jam itu.
2130(waktu spain) - Turun dari bas kami mendapat orang tempatan yang dilihat boleh dipercayai untuk mendapat tunjuk arah ke tempat penginapan.Setelah dilihat agak memahami arah yang diceritakan olehnya,kami bergerak dengan yakinnya melalui jalan-jalan yang sesak di bandar Malaga pada malam itu.Keletihan yang dirasai sepanjang perjalanan terpaksa kami endahkan kerana kami percaya pengorbanan yang kami lakukan terbalas dengan sebuah katil yang lebih selesa di tempat penginapan nanti.
Lebih kurang satu jam kami melilau di sekitar bandar Malaga yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang tingginya sekitar 4 hingga 5 tingkat secara purata.Hmm.Kami buntu.Namun,jika mengharapkan keajaiban untuk berlaku,mungkin tindakan itu agak mustahil.Usaha dilipat gandakan dengan bertanyakan orang lalu-lalang yang berdekatan.
Kemudian,kelihatan sepasang suami isteri yang berada dalam lingkungan 40-an kelihatan bersungguh-sungguh memberitahu jalan yang perlu diikuti.Kami mengikut jalan yang yang disebutnya itu.Namun,tempat penginapan yang perlu dituju masih belum ditemui.Kerana keinginan yang memuncak ingin menemui bantal dan tilam untuk melabuhkan badan yang keletihan ini,usaha untuk bertanyakan jalan tetap diteruskan.Kami menemukan lagi sepasang suami isteri yang lalu-lalang untuk menghulurkan bantuan.Namun,tindakan mereka kali ini agak berbeza.Si suami menyuruh kami mengikutinya untuk ke tempat penginapan.Dia membawa kami terus ke tempat penginapan.Kemudian dia berlalu pergi begitu sahaja.Kami hairan.Dia berlalu pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku.Dari situ kami sudah dapat menilai keikhlasannya.Terasa bersyukur kepada Tuhan empunya alam kerana dipertemukan mereka yang sedia membantu perantau yang kebuntuan.Moga pasangan suami isteri tersebut dikurniakan hidayah dari Yang Maha Esa.
Subscribe to:
Posts (Atom)