Friday, February 3, 2012

Terbang Mencari.....(Part 2)

19 Januari 2012

8.30 pagi: Aku dan rakan-rakan kembali bertenaga dengan rehat yang cukup dan semangat yang masih berkobar-kobar..Maklumlah, first day berjalan...Tambahan pula,waktu subuh yang masuk pada pkul 7.00 pagi..maka kami dapat tidur dengan nyenyak dan lama tanpa perasaan bersalah..Setelah mengalas perut dengan bekalan yang ada,kami bergegas ke perhentian bas setelah diminta tunjuk arah daripada bahagian resepsi hotel[tugas dilakukan oleh Razwan(bukan nama sebenar)]..Sampai di perhentian bas,aku agak takjub kerana setiap perhentian bas akan dimaklumkan lagi berapa minit bas seterusnya akan sampai..dah macam train plak....secara logiknya,jalan raya yang mempunyai pelbagai kemungkinan untuk berlaku apa2 perkara yang tidak diingini seperti traffic jam sukar untuk kita menentukan waktu tersebut dengan tepat.Jawapannya,hanya dengan disiplin yang tinggi sahaja,segalanya mungkin..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit hingga 30 minit untuk ke destinasi kami pada pagi ini iaitu Alhambra.Setibanya kami di Alhambra,kami tidak perlu beratur seperti yang lain kerana kami sudah menempahnya melalui laman sesawang.Tapi sebenarnya tiada masalah kalau ingin membelinya di kaunter kerana musim sejuk bukanlah musim yang menjadi pilihan untuk kebanyakan orang untuk melancong..
    Alhambra secara keseluruhannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu General Life dan juga kawasan Alhambra itu sendiri.Kawasan general life ini merupakan taman yang dihiasi dengan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.Terdapat tanaman ini ditanam dengan jarak yang tertentu yang apabila pokok ini meninggi mampu membentuk pintu gerbang.


Sekitar kawasan general life
    Kawasan Alhambra pula dihiasi dengan pelbagai monumen yang cantik dan masih kukuh berdiri tanpa ditelan zaman. Dengan teknologi pembinaan yang tidak begitu canggih untuk membinanya pada waktu itu,sudah cukup untuk menghasilkan bangunan yang tetap berdiri sehingga hari ini.Terdapat dua binaan yang ingin aku ketengahkan ketika ini iaitu Alcazaba dan Nasrid Palace.
    Alcazaba merupakan kompleks ketenteraan yang dibina untuk melatih para tentera untuk tujuan peperangan.Maka,tidak hairanlah jika kedudukannya berada tidak jauh daripada kawasan istana.Ia mungkin untuk tujuan keselamatan dan juga pemantauan.Dari beberapa castle(tak tau nak terjemah apa) di situ,ada sudah mampu melihat sekitar granada dari kedudukan pelan(pengaruh lukisan kejuruteraan kemahiran hidup yang bermaksud kawasan atas).
Gambar kota granada dari kedudukan pelan
    Kita beralih pula kepada Nasrid Palace yang merupakan bangunan utama yang menjadi tarikan di kawasan Alhambra. Rasa seronok tak terhingga melangkah masuk ke kawasan ni sebab boleh tengok patung singa dalam buku teks tingkatan 4 secara life.Wah..Rasa berdebar-debar ada gak macam nak masuk dewan upsr dulu(penggunaan unsur hiperbola di sini).Untuk pengetahuan semua,kawasan ini tidak boleh dilawati sesuka hati kerana bilangan orang yang boleh masuk ke kawasan ini adalah terhad dalam satu-satu masa seperti yang tertera di dalam tiket.Kawasan Nasrid Palace kami lawati dengan tenang dan girang.Satu-persatu monumen kami tonton.Jantung berdegup kencang tatkala melihat papan tanda ke Dataran Singa itu.Setibanya kami di kawasan tersebut, harapan yang aku bina seperti menatang minyak yang penuh pecah berderai menjadi pasir di tepian pantai(memang puitis tahap cipan ni).Hal ini kerana kawasan tersebut sedang melalui proses conservation.Oleh sebab itu,saya berazam untuk datang lagi ke granada pada masa akan datang.
    Kawasan keseluruhan Alhambra ini sangat luas untuk dilawati.Walaupun memulakan pengembaraan di sini agak awal,namun kami selesai melawat keseluruhan kawasan dalam sekitar jam 1500.Memang lama.

2100(waktu spain)-Terasa agak segar setelah mengambil masa rehat sebentar di tempat penginapan.Keletihan di Alhambra sudah pun terubat walaupun hanya dengan rehat yang sedikit.Namun,perut yang mula mendendangkan alunan kurang enak ini,menjadikan kami terpanggil untuk menjengah restoran-restoran makanan halal di sekitar kawasan ini.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja maggi itu menjadi taruhan perut yang berdondang sayang,namun masa depan harus difikirkan kerana perjalanan masih jauh.
    Dengan tindakan cekap Razwan(bukan nama sebenar),kami berjaya menemukan jalan yang membawa seolah-olah berada di Morocco.Terkesima aku melihat keadaan kedai-kedai makan yang kebanyakannya menyalakan lampu yang malap light intensity-nya yang kononnya mampu meniup suasana romatis.Namun, kebanyakan kedai di lorong ini bukanlah restoran,tetapi kedai-kedai cendera mata,hati mahupun jantung(jika ada).Kalau ingin menjadi seorang yang bijak,maka survey-lah terlebih dahulu untuk mendapatkan buah tangan yang murah untuk dibawa pulang.
    Oleh sebab restoran yang berada di lorong ini menyajikan juadah mereka dengan harga yang agak tinggi dan agak diragui kesahihan halal,maka kami bertanyakan Pak Cik Si Penjual Buah Tangan untuk menunjukkan kami restoran yang menyajikan juadah dengan harga yang berpatutan dan dijamin halal.
    Setelah makan,kami berasa kenyang dan puas.Walaupun tidak mendapat nasi sebagai hidangan,tetapi kus-kus dan roti morocco sudah cukup menenangkan keadaan perut yang sedang porak peranda.Perut sudah kenyang,mari kita tidur.

20 Januari 2012

0900(waktu spain)-Setelah selesai urusan check-out dan penyimpanan bagasi,kami meneruskan pengembaraan di sekitar kawasan albaycin yahg berada tidak jauh.Seperti biasa, Razwan menjalankan tugasnya sebagai ahli peta yang berjaya menjejaki satu persatu monumen di sekitar kawasan itu berpandukan peta yang dibekalkan kepadanya.Banyak kiranya monumen2 yang telah kami terokai dengan bantuan kecekapan beliau.Kami juga berpeluang berjalan di lereng gunung menghayati ciptaan kehijauan alam ciptaan Ilahi yang didambakan bagi setiap pencinta alam.Kepenatan sepanjang perjalanan terubat dengan menghirup udara nyaman di situ.Hmm..
    Sepanjang perjalanan,kami ditemukan dengan sebuah masjid yang bersebelahan dengan dengan sebuah gereja.Tetapi kami dikira kurang bernasib baik kerana masjid itu ditutup pada waktu tersebut dan hanya dibuka pada waktu solat jumaat yang berbaki masa 2 jam lagi waktu itu.
    Salah satu monumen yang menarik minatku untuk diceritakan di sini ialah rumah mudejar(orang bukan Islam yang mengamalkan cara hidup orang Islam).Menarik.Kerana konsep taman di persekitaran kawasan rumah  ini mirip dengan  general life yang dilihat di Alhambra.
    Kami juga berjaya menjejaki kota lama di kawasan Albaycin ini.Agak tenang dengan bunyi deruan air yang mengalir tidak jauh dari kawasan ini.
Berada di kota lama Albaycin
1600(waktu spain) - Kami bergegas ke tempat penginapan untuk mengambil beg yang disimpan dan bergerak menuju ke estacion(stesen) bas untuk ke Malaga.Sebelum itu,kami mengisi perut yang ingin dikasihani agar tidak menderita sepanjang perjalanan yang akan mengambil masa lebih kurang 3 jam itu.
2130(waktu spain) - Turun dari bas kami mendapat orang tempatan yang dilihat boleh dipercayai untuk mendapat tunjuk arah ke tempat penginapan.Setelah dilihat agak memahami arah yang diceritakan olehnya,kami bergerak dengan yakinnya melalui jalan-jalan yang sesak di bandar Malaga pada malam itu.Keletihan yang dirasai sepanjang perjalanan terpaksa kami endahkan kerana kami percaya pengorbanan yang kami lakukan terbalas dengan sebuah katil yang lebih selesa di tempat penginapan nanti.
    Lebih kurang satu jam kami melilau di sekitar bandar Malaga yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang tingginya sekitar 4 hingga 5 tingkat secara purata.Hmm.Kami buntu.Namun,jika mengharapkan keajaiban untuk berlaku,mungkin tindakan itu agak mustahil.Usaha dilipat gandakan dengan bertanyakan orang lalu-lalang yang berdekatan.
    Kemudian,kelihatan sepasang suami isteri yang berada dalam lingkungan 40-an kelihatan bersungguh-sungguh memberitahu jalan yang perlu diikuti.Kami mengikut jalan yang yang disebutnya itu.Namun,tempat penginapan yang perlu dituju masih belum ditemui.Kerana keinginan yang memuncak ingin menemui bantal dan tilam untuk melabuhkan badan yang keletihan ini,usaha untuk bertanyakan jalan tetap diteruskan.Kami menemukan lagi sepasang suami isteri yang lalu-lalang untuk menghulurkan bantuan.Namun,tindakan mereka kali ini agak berbeza.Si suami menyuruh kami mengikutinya untuk ke tempat penginapan.Dia membawa kami terus ke tempat penginapan.Kemudian dia berlalu pergi begitu sahaja.Kami hairan.Dia berlalu pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku.Dari situ kami sudah dapat menilai keikhlasannya.Terasa bersyukur kepada Tuhan empunya alam kerana dipertemukan mereka yang sedia membantu perantau yang kebuntuan.Moga pasangan suami isteri tersebut dikurniakan hidayah dari Yang Maha Esa.
   

No comments:

Post a Comment