Friday, February 3, 2012

Optimis?Boleh ke?

Yakinkan aku tuhan, 
Dia bukan milikku,
Biarkan waktu,
Hapus aku.


    Risham yang lena dibuai mimpi indah hanya berbantalkan lengan di atas salah satu meja di kelas Tingkatan 3 Maju itu.Alunan lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Nidji yang sedang meningkat naik pada zaman itu terngiang-ngiang di telinganya.Mana tidaknya.Cuti akhir tahunnya hanya banyak dihiasi dengan lagu itu di corong2 radio.Oleh itu,tanpa lagu itu dimainkan di telinganya pun,lagu itu seolah-olah merasuk kotak pemikirannya yang sedang berada di alam fantasi.Tiba-tiba,satu suara yang dianggap asing  merosakkan struktur lagu kegemarannya itu.
    "Mana ketua kelas kamu?"suara itu mengherdik.
    Risham terbangun.Semua mata ahli kelas itu tertumpu kepadanya.Senyap.Namun,bagi Risham itu adalah perkara biasa.Kelas Tingkatan 3 Maju sememangnya terkenal dengan julukan kelas paling pandai dan paling senyap dalam keseluruhan tingkatan itu.Sebahagian besar pelajar kelas itu menggunakan peluang senyap itu untuk menelaah buku pelajaran bagi memahirkan diri mereka menjawab peperiksaan PMR yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.Namun, Risham menggunakan peluang itu untuk membuaikan dirinya ke alam mimpi.Setiap kali cikgu tidak masuk ke kelas,kelas persediaan petang dan juga sebahagian besar waktu cikgu mengajar di dalam kelas.Bukannya tidak mahu berjaga,tetapi segalanya berlaku secara automatik.Dia pun sendiri pelik dengan fisiologi badannya sendiri.
    "Saya,cikgu,"jawab Risham sambil berdiri.
     Dia sudah tahu apa yang akan dihadapinya.Sebenarnya,waktu itu merupakan waktu kosong yang disediakan oleh pihak sekolah untuk tujuan kebersihan dan keceriaan.Lawatan sekolah lain yang akan ke sekolahnya untuk tujuan "bench-marking",memerlukan pihak sekolah menyediakan satu hari untuk tujuan itu di sekolah mahupun di asrama.Namun,akibat ahli kelasnya yang lebih sibuk menelaah pelajaran pada waktu tersebut dan dia yang ketandusan idea menyebabkan dia mengalah kepada sikapnya yang suka tidur itu.
    "Mari ikut saya,"arah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang berumur dalam lingkungan pertengahan 40-an itu.
    Risham hanya mengikut arahan itu dalam keadaan yang separuh terjaga.Dia dibawa ke kelas sebelah.Kelihatan ahli kelas itu sedang sibuk menceriakan kelas mereka.Papan kenyataan kelas dihiasi dengan warna-warni agar membangkitkan suasana ceria.Dinding-dinding kelas dihiasi dengan kata-kata hikmah yang boleh memberikan inspirasi kepada mereka yang bakal menempuhi peperiksaan yang penting pada tahun itu.
    "Ketua kelas apa kamu ni?Harap ja kelas budak pandai.Tapi keceriaan pun tak boleh buat.Kelas-kelas belakang boleh ja buat keceriaan.Kamu boleh buat apa?"
    Cacian dan tohmahan itu diterima olehnya dengan hati terbuka.Dia tahu ini balasan yang akan diterima.Tapi apa yang boleh dia lakukan.Mandat yang diberikan bukan atas permintaannya.Bukannya ahli kelasnya tak tahu akan sikapnya yang lebih suka tidur daripada buat perkara2 lain.Dia sendiri pun bingung tentang keadaan tu.
...................................................................................................................

    Kali aku bagi panjang sikit cerpen kat ni...Selalunya pendek je kan.Test power....Untuk pengetahuan semua,aku telah berjaya menghabiskan proses pembacaan novel "Hatiku Di Harajuku" karangan novelis thriller tanah air Ramlee Awang Murshid.Ini adalah novel kedua yang aku habiskan selepas novel "Cinta Sang Ratu" yang aku habiskan pada awal tahun 2008.Dengan ini,jelaslah bahawa aku seorang yang malas membaca.
    Celoteh panjang.Isi tak masuk lagi.Hari ni aku nak cita sikit la pasal optimis.Pelik kan?Takdak angin,takdak ribut tiba-tiba aku nak cita pasal benda2 camni.Entahlah.Tiba-tiba aku rasa,sikap ni adalah satu elemen penting dalam kehidupan kita yang penuh mehnah dan tribulasi ni(tu dia aih,agak-agak la nak buat ayat canggih pun).Setiap hari yang dilalui,mesti akan ada ujian dan cabaran yang mendatang.Tapi yang penting,bukanlah sebesar mana ujian dan cabaran tu,tapi secekap mana kita sebagai manusia menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk menguruskannya.
    Macam cerita kat atas ni.Agak-agak apa yang akan jadi kat budak Risham.Adakah dia akan salahkan diri dia sendiri atas kesilapan itu?Atau dia akan salahkan ahli kelas dia yang pilih dia jadi ketua kelas tu?Atau dia akan cuba berubah?Atau dia akan letak jawatan daripada jadi ketua kelas?Atau,atau,atau dan atau...
    Banyak kemungkinan kan?Tahap berfikir yang membezakan tindakan seterusnya yang diambil.Ada yang melihat tohmahan dan cacian sebagai cabaran.Tapi tak kurang juga yang melihatnya sebagai penghinaan.Dan ada yang melihatnya sebaga jalan keluar untuk lari dari keadaan.Terpulang kepada masing-masing menilai secara optimis dan terbaik untuk diri mereka.Aku tak mau nak tentukan yang sepatutnya dan tak sepatutnya.Terpulang kepada masing-masing untuk menilai.
    Bagi aku,semester depan merupakan semester yang penuh debaran.Sebab sistem pembelajaran semester depan akan menjadi sedikit berbeza daripada sebelum-sebelum ni.Kami akan diperkenalkan kepada dunia perubatan yang sebenar mengikut sistem-sistem badan manusia.Agak gementar dan takut.So,dalam keadaan ni sikap optimis diperlukan.Caranya hanya dengan melihat waktu sekarang tanpa melihat masa lalu yang akan menimbulkan penyesalan dan masa hadapan yang akan mendatangkan kerisauan.Bak kata Mendua dalam lagu "Hampir Ke Situ"...."Biar orang katakan,tak punya harapan,bukan mereka tentukan takdir".Walaubagaimanapun,kita seharusnya bersedia,bukannya leka.Apa yang aku cuba sampaikan di sini,jangan sampai meramal perkara-perkara yang buruk yang akan berlaku yang hanya membantutkan semangat.So aku ambil kesempatan ni untuk meminta pembaca-pembaca,mendoakan aku n rakan-rakan yang bakal menempuhi semester kedua yang pastinya lebih mencabar diri kami sebagai mahasiswa dalam bidang Sains Kesihatan ni.Aku akhiri post aku kali ni dengan terjemahan ayat Al-Quran dari surah Al-Anfal ayat 60.

     Dan sediakan lah untuk mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap dan sedia untuk mengerunkan musuh-musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahuinya, dan apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianaiaya.

No comments:

Post a Comment