Monday, July 15, 2013

Mana Aku Ingat?(1)

Februari 2010
Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an masuk ke kawasan bengkel.Bengkel hari ini semak sedikit.Mana tidaknya, tujuh “engine stand” hari ini ditugaskan untuk di”grind valve”.Proses untuk  “grind valve” memang agak leceh.Kepala silinder atau lebih mesra dipanggil “head” perlu dipisahkan dari enjin bagi memudahkan kerja.
                “Cikgu ada?” tanya lelaki tadi ringkas.
                “Ada,kejap saya panggilkan.”Pelatih yang disapa tadi terus ke arah bilik guru.
                Tidak lama kemudian, seorang lelaki berkulit hitam manis, berpakaian bengkel keluar dari bilik guru.Langkahnya disusun sederhana, tidak laju dan tidak pula perlahan.Cikgu Kamal namanya. Pelatih yang memanggilnya tadi berada di belakang.Aku melihat situasi itu dari tadi.Aku hairan kerana lelaki itu tidak kelihatan mesra dengan Cikgu.Perbualan mereka ringkas.Kemudian,Cikgu kelihatan menjenguk-jenguk ke sana sini seperti mencari seseorang.
                “Hah.Pak Long dengan Suri,pergi tolong tengokkan kereta pak cik.Bawak la apa yang patut,” arah Cikgu.               
                Nama aku diseru.Terkejut sebentar.Bukan kerana nama aku yang “Suri” tu dipanggil,tapi mungkin kerana terlalu khusyuk dengan kerja-kerja yang dilakukan.Pelik kan nama “Suri”?Nama aku Yusri.Nak rasa senang dipanggil , “Suri” pula jadinya.Tak apa-apa la.Aku selesa dengan panggilan tu.Bagi aku nama gelaran ni tujuannya untuk merapatkan,bukan untuk mengutuk.
                “Ada apa masalahnya,Cikgu?” tanya Pak Long,ketua kami kat sini dan yang paling tua.
                “Kereta pak cik ni tiba-tiba mati kat ‘traffic light’ sebelah kedai cina tu,”terang cikgu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah lokasi kereta itu.
                Penerangan ringkas cikgu tu secara tak langsung menerangkan apa peralatan penting yang perlu dibawa. “Test bulb” dan “screwdriver” sudah mencukupi.Baru satu bulan setengah dekat sini,tapi banyak ilmu yang dah aku pelajari.Macam kejadian pak cik ni, aku dah boleh senarai pendekkan cuma tiga sistem yang perlu diuji. “Starting system”, “charging system” dan “ignition system”.
                Kami sampai di lokasi kereta tadi. Kereta Proton Saga itu dalam keadaan but hadapannya yang sudah terbuka. Seolah-olah seperti sudah siap sedia untuk diperiksa.Nasib baik Proton Saga.Tidak kompleks.Kalau kereta yang menggunakan sistem komputer yang canggih seperti BMW,hatta HONDA sekalipun,aku tarik diri.Pak Long terus bergerak masuk ke dalam kereta manakala aku mendapatkan but hadapan kereta.Jam menunjukan pukul 2.00 petang.Panas terik dan enjin yang baru sahaja mati itu merupakan sinergi kepanasan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.Kereta cuba dihidupkan.Gagal.Tetapi dari segi bunyi “starter”,aku rasa tiada masalah. Aku memasukkan “screwdriver” ke dalam “high tension cable” yang ditarik daripada salah satu “spark plug”.Ujian ini bertujuan untuk menguji “ignition system”.
                “Try start sekali lagi,Pak Long,”arah aku.
                Tiada bunga api yang dihasilkan.Aku dah boleh agak “ignition system” ada masalah.Pak Long terus bergerak ke arah aku.
                “Ada api tak?” tanya Pak Long. “Api” merupakan istilah bengkel menunjukkan kepada bunga api.
                “Tak dak la Pak Long.”
                “Tak pa.Kita try test yang lain dulu,”kata Pak Long merujuk kepada “starting system” dan “charging system”.

                Berdasarkan pemeriksaan, kedua-dua sistem yang lain dalam keadaan baik. Pak Long mengeluarkan telefon bimbitnya menceritakan butir-butir yang penting kepada Cikgu.Tidak lama kemudian,Cikgu datang bersama alat ganti.Sebelum dibuat penggantian,Cikgu mengesahkan terlebih dahulu.Tepat.Rasa sangat seronok bila dapat buat kerja lapangan macam ni.

Saturday, June 15, 2013

Di Mana Aku?

Bismillah..
     Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kekuatan,nyawa dan peluang untuk aku berdiri hingga hari ini.Hari ini jam 9.28 pagi(waktu Malaysia) merupakan waktu ulangtahun aku yang ke-21.
     
     Namun,selama bertambah tahun, semakin bertambah umur,rasa seronok menyambut waktu ulangtahun tidak terasa tetapi dipenuhi dengan kerisauan yang lain.Hmm..Entahlah..Bak kata Ben Parker(Pak Cik kepada Peter Parker a.k.a Spiderman),"great power comes with great responsibility". Dan aku merasakan bertambah usia seseorang turut bermakna bertambah power seseorang.Power terhadap diri sendiri.
     
     Jika waktu saat kita dilahirkan,kita di bawah penjagaan ibu bapa kita sepenuhnya.Mana tidaknya,bukan setakat menatang minyak yang penuh, bahkan nyamuk yang berniat menghingap kulit yang mulus bayinya turut dihalang.Semakin membesar kita dilepaskan mengenal dunia sedikit demi sedikit.Dan mungkin suatu hari nanti,sehingga mereka menemui ajal terlebih dahulu, tangan yang sedang dipegang sedikit ini terpaksa dilepas dari genggaman.Dan saat itu, kita perlu mengemudi kehidupan kita sendiri bahkan mungkin bersama beberapa kehidupan yang lain.

     Ya...Aku faham...Semakin bertambah usia,sememangnya bertambah tanggungjawab aku.Tapi yang aku risaukan bukannya tanggungjawab itu.Tetapi ujian yang bersama tanggungjawab itu.Melihat dunia hari ini,aku takut untuk melangkah.Mana tidaknya, aku asing.Aku tidak pernah,takut dan tidak mahu diuji dengan pangkat, harta mahupun wanita. Aku lihat ramai jiwa yang lebih tua dari aku,tatkala diuji dengan perkara-perkara ini, mereka bukan lagi jiwa yang besar yang aku kenal dulu.Bukan jiwa yang hebat seperti dulu.Bukan jiwa yang memberi harapan seperti dulu.Kerisauan aku lebih memuncak apabila jiwaku tidak sebesar mereka,tidak hebat seperti mereka,tidak pernah memberi harapan seperti mereka.Mampukah aku menghadapi cabaran dunia ini?

     Sepanjang 21 tahun ini, tidak aku nafi.,banyak sakit yang aku tanggung,banyak luka yang terhiris,banyak airmata yang dikesat, ramai orang yang aku kenal,banyak suka yang aku gelakkan....dan ..dan...dan banyak lagi kenangan yang jika aku ungkapkan pasti ada yang tak terucap dengan kata dan tak tersusun dengan bahasa.Apapun aku harap itu semua pengalaman yang mengajarku erti hidup yang pasti menjadi bekalan aku di sana.

     Mungkin perlu untuk aku menghitung semula kekurangan aku sepanjang 21 tahun ini.Perbaiki setakat termampu supaya cabaran ini dapat aku melangkah dan terus melangkah ke destinasi aku yang hakiki itu.Perjalanan ini panjang atau pendek?Itu bukan urusanku.Panjang atau pendek aku harap keduanya diberkati. Bukankah pendek berisi itu lebih baik daripada panjang tetapi sia-sia?

SELAMAT MENERUSKAN HIDUP WAHAI ROH DAN JASAD KU


Thursday, May 2, 2013

Dua Generasi


    "Weih, nak pergi makan mana hari ni?" tanya Risham kepada tiga sahabatnya yang lain. Nyanyian perutnya itu mula menjadikan si empunya badan kurang enak.Laparnya itu sengaja ditahan kerana waktu untuk Solat Maghrib sudah suntuk.
    "Aku lapar jugak ni, kalau pekena nasi sedap jugak ni," cadang  Amin.
    "Tapi aku dah makan dah tadi, sejurus sebelum datang sini.Nasib baik sejurus, kalau dua jurus,"seloroh Shafiq sambil membuka kuda-kudanya.Maklumlah bekas ahli silat gayung lah katakan.
    "Aku ikut ja,"kata Nazrul.

    Mereka berjalan ke arah sebuah kedai yang terkenal dengan jualan nasi di kawasan penempatan mereka. Selesai sahaja makanan dipesan, Shafiq cuba untuk memulakan perbualan.
    "Eh, budak sekolah korang yang kat Seremban dengar kata nak kahwin dah kan?"
    "Ha'ah.Dia baru buat pengumuman kat group sekolah kat facebook semalam," kata Risham.
    "Hang bila pulak?Tak elok tunggu lama-lama ni,"Amin mula menyerang Risham yang selalu digosipkan dengan seseorang.Serangan yang menggunakan loghat utara itu menyebabkan keempat-empat mereka tersenyum.Senyuman si Risham disertai dengan 'blushing'.
    "Eh,apa aku pulak? Tu si Nazrul tu, bukan boleh sangat.Senyap-senyap ja, tengok-tengok dia dulu," Risham cuba menepis serangan Amin.
     "Padia ang ni?Haram sungguh,"bunyi loghat utara yang keluar dari mulut Nazrul menyebabkan tiga orang yang lain ketawa.

------------------------------------------------------------------------

    Enjin kereta dihidupkan. Tatkala itu, radio turut terpasang.Mengalunkan lagu-lagu malar hijau sempena hari lebaran.Setelah semua ahli keluarga sudah berada di dalam kereta, ayah pun memulakan perjalanan. Perjalanan ke kampung yang terkenal dengan Dato' Sagor ini mengambil masa lebih kurang dua jam.

    Adik-adik aku sudah terlena. Bosan. Pandangan aku tertarik ke muka ayah aku yang kelihatan ceria semacam.Timbul tanda tanya.Ayah perasan dengan pandangan hairan aku.
    "Hari ni kita jumpa kawan sepermainan abah merangkap saudara susu abah.Dah lama dah abah tak jumpa dia. Dekat 10 tahun dah rasa. Selalu waktu kita balik raya , dia balik rumah isteri dia kat Selangor. Tadi dia sms abah yang dia ada kat kampung,"cerita ayahku panjang lebar.
    "Eh, abah ada saudara susu?Tak pernah tahu pun,"aku hairan.Aku dah habis PMR tapi hanya tahu tentang perkara ini tadi.
    "Waktu opah lahirkan abah dulu,opah sakit.Jadi dia bagi la sepupu dia susukan abah."
    Aku mula faham.Dulu, sekampung tu boleh dikatakan semuanya adik-beradik.Tapi zaman sekarang, orang muda berpindah ke bandar untuk cari pekerjaan.Sebab tulah,anak-anak mereka kadang-kadang sampai sepupu pun tak kenal.
    Sampai di kampung,ayah terus memandu ke rumah saudara susuannya . Kelihatan seorang yang berumur sebaya dengan ayah aku sedang duduk-duduk di serambi. Kereta yang masuk ke halaman rumahnya pada mula disambut dengan dahi yang berkerut,kemudian senyuman ke telinga pula menyusul.
    "Eh,Tang.Ape kabo kamu ni?Lame tak dengo cerite nye ha. Dah berape anak nye?"kata lelaki tadi sambil menyambut salam kami adik-beradik.
    "Udoh enam.Kamu pe kabo,Mat?Lame bebeno tak dengo cerite,"tak semena-mena terkeluar loghat Perak ayah aku ni. Seronok sangat agaknya.
    "Teman ni rupe ini le."jawabnya ringkas.
    Suasana agak meriah ketika itu.Masing-masing mungkin mengubat rindu agaknya. Sembang-sembang orang tua la katakan.Malas aku nak ambil endah.
     Tiba-tiba suasana terdiam seketika.Mungkin sudah habis modal untuk meneruskan perbualan.
    "Mior ape cerite sekarang ni?Lame benor tak dengor cerite deme,"ayah aku cuba untuk membuka semula perbualan.
    "Mior mane ni?"
    "Alah.Mior anak Cikgu Ayub yang selalu kite pegi rumah die tengok tv ,"ayah aku cuba memberikan klu-klu agar Mior yang dinyatakan berada dalam kota minda Pak Mat.
    "Oh.Mior itu.La, Mior itu dah lame dah takde.Dengornye kene sakit jantung.Kome tak tahu ke?"pernyataan itu disambut dengan muka terkejut ayahku.
    "Bile?Allah, takde sape kabo ke teman."
    "Baru lagi.Bulan due rasenye."