Friday, July 29, 2011

Tu Dia!!!Camtu Pun Ada!!!

“Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun kembali jari-jemarinya dengan sempurna.”
Assalammualaikum,
Arini aku nak sengaja mulakan cerita aku ngan ayat al-Quran...Dipetik dari Surah Al-Qiyamah ayat 3-4....Ayat ni menceritakan tentang cap jari yang menjadi penanda aras perbezaan antara seseorang manusia dengan manusia yang lain...hebat kan...takkan ada dua orang yang ada cap jari yang sama...Sangat luas ilmu Allah...kalau manusia yang buat kunci pun...masih ada kunci yang boleh buka kunci yang lain...nampak tak..seperti di dlam Al-quran juga ada menyebut dalam Surah Al-Hujurat ayat 13..
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Hmm...Dalam ayat ini,menceritakan tentang manusia itu dicipta berbeza-beza antara satu sama lain dan perlu untuk kita mengenali antara satu sama lain....Sebenarnya banyak hikmah daripada perbezaan ini...Dan perlu untuk kita mengkaji perbezaan ini...Ramai orang tahu tentang cap jari memang berbeza antara satu sama lain...Tapi berapa ramai yang tahu suara juga mempunyai perbezaan yang tersendiri dan keunikannya dari seseorang dengan seseorang yang lain...
Sebenarnya kajian tentang ini telah dilakukan sejak 1940-an lagi...untuk tujuan ketenteraan...dan terus digunakan pada tahun 1960-an untuk tujuan penyiasatan jenayah...
Apa yang menyebabkan suara ni jadi unik?Jom Kita Sembang...Larat ka dak Nak Baca Ni...Banyak lagi nak berleter ni...kalau tak larat boleh sambung len kali...
...........................................................................................................................................................................
(p/s:Titik Ini Aku Buat Macam Penanda Buku La No..)
Ok la..Jom Kita Start Cita....Proses Membentuk Suara melibatkan proses beberapa bahagian dalam mulut mengubah suai angin yang keluar melalui mulut itu seniri..Macam dalam peti suara kita ada dua muscle utama yang memainkan peranan iaitu lateral cricoarytenoid ngan posterior cricoarytenoid...ok...dah lepas peti suara...dalam perjalanan angin tu nak keluar dia akan jumpa ngan lelangit,gigi,lidah,bibir dan rongga mulut.....proses ini akan sama bagi setiap manusia...tapi apa yang membezakannya?Tu dia....yang membezakannya ialah saiz,bentuk dan fungsi bahagiannya tadi...menyebabkan bunyi yang dikeluarkan berbeza antara satu sama lain..menyebabkan arus suara tu berbeza...malah dalam kajian yang dilakukan kita boleh tengok perbezaan graf antara satu ngan lain yang membezakan dari segi kualiti bunyi dan tone nya...
Ok....Setiap suara boleh dibahagikan kepada 4 elemen linguistik yang utama...elemen ni aku habaq gna english la ok?
1)pitch 2)wavelength 3)strength 4)tone
Dan yang besnya,setiap satu elemen ni boleh dibahagikan kepada 90 bahagian yang lain...amacam...hebat tak penciptaan SUARA oleh Allah...sangat hebat kan teknologi ni...ni negara2 maju teknologi ni dah macam cap jari...smart gila...So,moralnya kat sini...teruskan mengkaji apa2 perkara yang dirasakan perlu dalam bidang masing-masing dalam usaha memartabatkan agama Islam itu sendiri...

Wassalam.......................

6 comments:

  1. patut la sora aku xsedap mcm sora avril lavigne..kahkahkah

    yes..there are too many wonders... xlarat nak explore smua..tinggal sikit kat anak cucu

    ReplyDelete
  2. ehem2.. qamai oqg kata soqa saya macam anuar zain.. keh3..

    ReplyDelete
  3. aah. Tongue print setiap manusia pon berbeza!

    Subhannallah!
    :)

    ReplyDelete
  4. yui92:aku rasa ang kna perasan benda tu dari dulu..hehehe

    ReplyDelete
  5. kun zalameyh:dari wavelength mungkin...tapi tone tak sama kot...bunyi kedah skit...

    ReplyDelete
  6. hassan:pembetulan..bukan tongue print..tapi voice print

    ReplyDelete