Sunday, July 31, 2011

Kau Pesal?Lesu jer...

Assalammualaikum...
Ramadhan datang lagi....Sudah siap persiapan anda menyambut Ramadhan yang kunjung tiba?Diharap kita semua sudah cukup bersedia menyambut Al-Mubarak ni seperti seorang pelajar yang dah study semua siap dah,tinggal nak bagi kertas peksa ja nak jawab...Ok lah seperti yang kita semua tahu,bulan Ramadhan ni disediakan oleh Allah bagi menunjukkan kasih sayangnya kepada hambanya....Mana tak nya...11 bulan digoda dan dihasut oleh syaitan...Direct tergelincir ja..punya taubat..terbuat balik dosa yang sama...masuk bulan ni...tu dia...semua syaitan dibelenggu,lega rasanya...tinggal kita ja nak lawan hawa nafsu yang ada dalam diri ni..sama2 kita doakan kita dapat mengadapi semua ni dengan cemerlang...seperti firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 183...
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
Ramadhan disediakan oleh Allah seribu satu rahmat dan mempunyai hikmahnya yang tersendiri.Tak perlulah aku nak citakan dari segi rohaninya secara detail sebab kita mesti dah dengar banyak ceramah agama dan baca blog-blog dan laman web berkaitan fadhilat..Kali ni aku nak cita lah sikit rahmat yang dibawa oleh bulan yang digelar dengan Karim ni dari segi sains..
Sebenarnya aku baru ja belajar bab dalam mata pelajaran Biochemistry pasal glycogen.Tengah-tengah belajar ni tiba-tiba aku dapat ilham nak tulis entry ni...
Ok...Mai cek nak cita skit noh..Glycogen ni adalah simpanan glucose dalam badan.Ia disimpan di beberapa tempat seperti muscle dan jugak liver.Ok la.Apa kaitannya glycogen ni dengan puasa?Ok macam ni.Kalau bulan kita tak puasa,kita akan dapat makanan terus dari makanan kita selepas dihadamkan oleh sistem penghadaman dalam bentuk glucose.Dalam proses nak menggunakan glucose sebagai tenaga,kita akan menggunakan 2 ATP dan menghasilkan 4 ATP....jadi bilangan ATP bersih yang dihasilkan ialah 2.ATP ni apa dia?ATP adalah bentuk tenaga yang digunakan oleh cell untuk menjalankan proses metabolismanya.Ok..glucose yang lebih nanti akan ditukar menjadi glycogen...sampai tempat simpan tu penuh dan selebihnya menjadi lemak..
Kalau waktu puasa,kita takkan dapat sumber tenaga kita direct daripada makanan sebab kita tak boleh makan...so,glycogen akan amik peranan.glycogen akan diproses pulak menjadi ATP.Yang menariknya,bilangan ATP yang digunakan untuk proses ini hanya satu dan bilangan yang dihasilkan adalah 4.Jadi,bilangan ATP yang bersih yang dihasilkan adalah 3.Tengok!!!Betapa rahmatnya bulan Ramadhan ni buat kita...Sebab tu la kita diminta untuk sahur dulu pada pagi hari tu,supaya kita boleh guna dalam bentuk glycogen.Kita pun tahu waktu pagi ni tak pakai banyak sangat tenaga.Kalau glycogen habis,baru la lemak akan digunakan sebagai sumber tenaga.
Tapi yang hairannya kenapa orang akan nampak lesu bulan Ramadan?Ada banyak kemungkinan.Mungkin dia tak sahur..sah2 la lesu.Mungkin dia tak pernah berlatih puasa waktu bukan Ramadan.Perubahan ni akan menyebabkan badan dia lambat skit nak adapt ngan keadaan ni...lama-lama biasa la..Mungkin jugak sebab mind set....x makan x larat.Apa kes?Padahal macam yang dikatakan tadi,bilangan ATP tu dah bertambah.Patutnya kita lagi cergas la kan?
Amacam teruja x?Melalui ni,dapatlah kita simpulkan bahawa Ramadhan membawa 1001 rahmat(banyak lagi sebenarnya bukan 1001 ja no,nak bagi sedap ja) kepada kita.Bukan sahaja dari segi rohani malah dari segi jasmani kita sendiri.Smart kan teknologi ni?Sebab apa aku ulang perkataan ni selalu?Sebab kita selalu teruja dengan ciptaan manusia itu dan ini,tanpa kita mengkaji ciptaan Allah yang melangkau jauh dari segi kecanggihannya...

p/s:mintak tunjuk ajar kalau ada yang tersilap.Tolong comment untuk betulkan..

No comments:

Post a Comment