Saturday, July 30, 2011

Rindunyer...

Jam menunjukkan 9 pagi.Seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an yang sedang makan roti canai berada di meja makan seorang diri.Dia kelihatan tidak sibuk kerana hari itu adalah hari Sabtu.Jadi, dapatlah dia menikmati roti canai yang dibelinya tadi tanpa sebarang kekangan.Namun,dia merasakan terdapat sesuatu perkara yang tidak lengkap pada permulaan harinya itu.Ketika sampai ke cebisan roti canai yang terakhir, tiba-tiba Nokia C7 miliknya menyanyikan lagu "Susun Silang Kata" yang pernah dipopularkan oleh salah seorang artis terkenal di Malaysia.Tahulah dia bahawa bahawa itu merupakan mesej daripada teman hidupnya yang kini sedang bekerja di luar kawasan.Sudah 3 minggu,dia di sana untuk menyampaikan khidmatnya sebagai seorang sukarelawan MERCY.Lalu dicapainya telefon bimbit itu.Cebisan terakhir itu dibiarkan di dalam pinggan lantaran rindu yang teramat sangat kepada kekasih hati.....
..............................................................................................................................................................
Assalammualaikum,
Amacam?smart ak cita kat atas ni...ada macam novelis cinta x?hehehe..kalau nak puji jangan lebih2 sangat noh..satgi dan2 aku tkar profession satgi..Kesian kat pembayar cukai di Malaysia satgi..Sudah2.Banyak merapu sangat ni...
Sebenarnya banyak benda dalam diri manusia ni yang sgt perlu kita terokai dan perlu dihubungkait agar ilmu akan dilihat tiada batasan antara satu sama lain.Inilah konsep yang diketengahkan dalam sistem pendidikan kerajaan Turki Uthmaniyah.Ramai orang berbicara,ramai orang yang pakar dalam bidang sains tulen biasanya tak bijak dalam menguruskan sains sosial,maksud aku kalau saintis tu duduk ja la dalam lab sampai berhari-hari,cari formula cam gitu,cam gini....Tapi sedarkah kita bahawa dengan sains tulen la kita boleh tau secara detail tentang sains sosial seseorang manusia...Contohnya perasaan rindu.
Menurut kajian dalam biokimia,perasaan rindu dikawal oleh sejenis bahan kimia dalam otak manusia yang dipanggil phenylethylalamine(PEA).Bahan kimia ni juga mengawal beberapa perkara lain seperti lapar,dahaga,tidur,suka dan sedih.Yang menariknya,kesan daripada neurotrasmitter ni boleh bertahan dalam jangka masa 6 bulan hingga 3 tahun.Lama gila kan.Jadi tak hairan la,kalau orang yang sedang dalam keadaan rindu ni,tak boleh tidur,makan tak kenyang2 kata orang melayu...betul la tu...hebat jgak orang melayu berbahasa..
Macam mana agaknya bahan kimia ni berfungsi?Secara ringkas,bahan kimia ni akan dirembeskan sebgai neurotransmitter di kawasan limbic system pada bahagian otak.Limbic system ni berfungsi sebgai emotional center bagi seseorang manusia.Setelah selesai segala reaction,maka kesannya dapat dilihat seperti mna org yang bercinta...satu lagi teknologi hebat yang ditunjukkan Allah melalui ciptaannya
Memang tak dinafikan,rindu adalah perkara yang menjadi fitrah dalam kehidupan manusia.Namun,perasaan ini haruslah disalurkan pada tempat yang tepat yang diingini syarak.Al-Quran dan As-sunnah haruslah menjadi manual utama dalam kehidupan kita...sebab apa erk?Sebab teknologi penciptaan manusia ni milik Allah...Jadi,jika tidak dirujuk pada manual sepenuhnya,maka matlamat asal fungsi teknologi itu tidak dapat dicapai..
Contohnya macam aku sekarang.Rindu nak balik Malaysia,padahal baru tak sampai setahun lagi duk sini.Tapi kampung halaman tidak pernah lekang dari pandangan..bagaikan melambai-lambai memanggil pulang...suasana di bawah pkok rambutan sambil makan hasilnya,bermain layang-layang di depan rumah...Fulamak...Mana bleh tahan beb...Tiba-tiba tukar mood..Hahaha..
Tapi jelasnya di sini...Hakikat sebenar ialah dalam diri kita terdapat fitrah yang mengandungi hikmah yang tersendiri,salurkan fitrah itu pada tempatnya,dan ada akan melihat hikmah itu.Dan jangan lupa bertasbih melihat kebesaran hikmah itu,jangan tunggu cinta plak nak bertasbih...Hehehe
Wassalam

No comments:

Post a Comment