Friday, July 29, 2011

Soifi Oh Soifi

Assalammualaikum....
Sori sebab dah lama tak tulih...camni la..kadang2 ada masa...kadang dah ada masa,takdak mood nak tulis...anyway kali ni aku ada jugak la cerita skit2...yang aku rasa kenalah kongsi sebagai perkongsian kepada semua n muhasabah untuk diri aku sniri..(biar betul aku seserius ni..hahaha)
Soifi(atau musim panas)adalah hari yang dilalui dalam jangka masa bulan 7 sampai la bulan 9 kat Jordan....selalunya bdak2 uni kat sni akan amik short sem (wajib bagi just n optional bagi yarmouk u)....dan aku skarang dalam short sem....tapi bila dah waktu short sem ni..pham2 la...nama pun short...hari2 blaja bnda sama....jadual sma ja tiap2 ari.....kalau biochem tu 2 bab seminggu..biasa...
Tapi bukan tu yang aku nak cerita sangat...tapi yang aku nak cita kat sni ialah pasal program yang aku join pada masa soifi...dipanggil AKADEMI AL-FATEH.....menarik program ni..dari segi modul dan perlaksanaannya..
Maih nak cita skit....Objektif program ni adalah untuk mencetuskan perubahan ke arah kebaikan dalam diri para peserta dari segi spiritual,intelektual mahupun pembangunan kendiri..sangat menarik dan bermanfaat...banyak la aktiviti yang diadakan...memang sgt menarik....
Kenapa Al-Fateh?Dalam program ini,diketengahkan tentang kajian tokoh-tokoh Al-Fateh...Kenapa tokoh-tokoh Al-Fateh?Itu dia......Sebab yang Sultan Muhammad Bin Murad bukannya menakluk Constantinople seorang diri..tapi ini usaha berkelompok....dari Zaman Para Sahabat lagi...hingga 1453 Masihi...Bahkan dalam hadith yang disebut
“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”
Lihat....Rasululullah menyatakan juga tentang tenteranya...
Apakah signifikannya program ni?Kita selalu menyoalkan tentang siapakah Salahuddin Al-Ayyubi yang seterusnya?Mana Imam Mahdi?Siapa yang akan menjadi Uthman Bin Erthugrul?Sikap "menunggu bulan jatuh ke riba" ni seharusnya tak wujud...sebaliknya,kita sendiri yang mewujudkan watak ini...Ingat satu perkara..WATAK-WATAK DALAM SEJARAH INI HANYALAH INSAN BIASA....tetapi perwatakan mereka ini adalah erti Islam yang sbenar..
Teringat plak..bila kami membincangkan tentang sistem pendidikan Turki Uthmaniyah..Sangat Hebat....Kerana apa?kerana sistem keilmuannya sangat menyeluruh..kalau nak diceritakan secara mudah...Ia menggunakan kelebihan otak kiri dan otak kanan secara sepenuhnya...Apabila Islam+Sains...hasilnya sungguh mengagumkan...
Nak tahu lebih lanjut..boleh baca buku KUASA KEPIMPINAN AL-FATEH karangan Abdul Latip Taib...
Setakat tu ja kot...sengaja nak update blog ni dengan kelapangan yang ada...wassalam

No comments:

Post a Comment