Sunday, January 2, 2011

Alamak!!!!Blurrrr!!!



Rintangan pasti melanda,
Jangan undur walau selangkah,
Teruskan perjuangan,
Hingga ke akhir

nya,
Andai kau gugur andai kau syahid,
Kau diredhaiNya.

Lagu ni masih terngiang-ngiang kat telinga aku walaupun dah empat bulan aku meninggalkan INTEC.Lagu ni merupakan lagu pertama yang aku ngan kawan2 aku nyanyi kat situ dan aku rasa persembahan yang paling bes yang kami biasa buat.Sebenarnya bukan nak cita pasai
persembahan tu.Tapi nak cita pasai lirik lagu
kat atas ni yang ada kaitan ngan peristiwa sewaktu exam ni.

1 Januari 2011(Pukul 9.00 malam)
Esok merupakan paper aku yang kedua untuk final exam ni.Malam ni apa lagi,pulun lah sampai tak ingat dunia.Biasa la orang macam aku memang kena pulun sikit."Along ni len skit dgn adik-adik tu.Along kna rajin ja.Baru boleh dapat,"kata mak aku kat aku waktu nak UPSR dulu.
Dengan berbekalkan nasihat tu,aku berusaha sampai ke tahap sekarang.Tapi bukan nak kata,memang betul tu apa yang mak aku cakap tu.Aku memang len skit dari segi tu ngan adik2 aku.Aku kena usaha banyak sikit.Tambah pulak, aku anak sulung.Orang kata anak sulung ni kena tunjuk contoh yang baik kat adik-adik.Malu lah aku kalau kalah ngan depa.(Ego gila aku)
Tengah-tengah duk buat studi tu,tiba-tiba aku rasa serba tak kena.Tengok soalan tiba-tiba jadi blurr.Betapa kagetnya aku waktu tu cuma Allah ja yang tau.Gila ko
t.Studi punya la lama.Bila tengok soklan tak tau nak buat.Parah ni.
Tiba-tiba,aku teringat kata ustazah kumpulan n
asyid aku dulu kat sekolah.Ucapan tu keluar waktu latihan untuk ke pertandingan peringkat negeri.Tapi waktu memang lah.Buat apa pun tak jadi.Tapi berlatih daripada pagi sampai ke petang."Pergi lah solat dulu.Lepas tu,sambung balik".Daripada peristiwa tu,aku jadikan pedoman.So,aku pi ambik wudhuk walaupun sejuk-sejuk ni.Aku solat sunat hajat.Memang aku mintak gila la supaya tak blurr dan blank.Lepas-lepas tu,aku terus nak pi sambung.Tapi tak dapat sebab tiba2 black out.
2 Januari 2011(Pukul 6.00 pagi)
Aku bangun tidur pagi ni,aku rasa kepala aku ringan.Pelik.Kalau dulu,study add math tu malam tu,tidur pun mimpi nombor,bangun2 pening kepala.Tak pa lah.Aku buat macam biasa.Lepas solat subuh,aku sambung tengok studi.Bila aku tengok balik.Tiba-tiba idea mencurah-curah ke ladang gandum,dan jadilah koko crunch.Hehehe.Lega tak terkata lah waktu tu.Dan menyelesaikan exam aku ari ni dengan baik.Alhamdulillah.

Pengajaran aku dapat daripada peristiwa ini adalah walau sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia ni,ingatlah Allah selalu.Kerana Dialah
yang maha pemberi segalanya.Tapi janganlah pulak ingat waktu susah ja.Waktu senang pun kena ingat lagi2 la banyak kena ingat.Sebab Dia yang bagi senang tu kat kita.Kalau tak macammana.Tambah pulak,menuntut ilmu satu i
badah dan perlu keredhaan daripada Allah agar ilmu ni berkat untuk diri kita sampai bila2.


No comments:

Post a Comment