Thursday, January 6, 2011

Nilai Diri

Entah kenapa aku seringkali terasa nak update blog nih....nak cerita apa yang aku rasa kat blog ni...takpa la..ikut aku lah kan.Dah macam novel plak aku tgk.Tapi takpa.Layan ja,ok?
Aku hari ini dah selesai menjawab 3 daripada 6 final exam aku.Oleh sebab aku baru ja abih exam ketiga yang agak berat,so aku amik keputusan untuk merehatkan diri sebentar malam ni.
Duduk sejenak aku terfikir,di manakah nilai seorang hamba dalam diri seorang aku?Pelik kan aku tiba2 terfikir pasal benda ni.Aku sekarang terasa diri aku tidak terjaga.Dan keadaan ini menyebabkan aku sangat mudah untuk masuk ke kancah dosa sama ada sengaja mahupun tidak sengaja.Kalau dulu waktu kat skolah,aku agak sibuk dengan aktiviti di skolah, study dan segalanya.Masuk ke alam universiti segalanya berubah.Dunia yang dulunya dianggap sempit tiba-tiba menjadi sangat lapang dan membiarkan aku melakukan apa saja yang aku kehendaki.Berlari ke sana dan ke mari tidak kira waktu.Adakah aku nak tunggu aku jatuh baru nak tengadah?
Aku rindukan zaman dahulu.Walaupun aku tidak bebas,tapi aku dapat belajar pelbagai erti.Erti persahabatan yang sejati,erti kerjasama kumpulan yang tiada tolok bandingnya lagi,erti dakwah yang meliputi aspek rohani mahupun jasmani.Aku suka.Belajar menghormati.Tapi kini semuanya lari meninggalkan diriku yang kerdil ini.Aku mencari-cari di mana aku yang dahulu.Adakah sesuai waktunya untuk aku keluar dari lingkungan yang dahulu?Adakah cukup tarbiah yang ada dalam diriku untuk menghadapi dunia yang kian huru-hara dengan kebinasaan di sana sini?Sedih.Seolah-olah terasa sempit udara yang dihiduku.Takut.
Di hatiku tiba-tiba mendetikkan,satu ayat Al Quran
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
(Surah Al-Baqarah 2:286)
Sedih..Aku harap ini cumalah permulaan untuk aku mula menyesuaikan diri dengan kehidupan yang mencabar ini.Serius.Aku bingung.Aku bukan hilang arah tujuan tetapi cabaran yang silih berganti menjadikan aku seolah-olah lupa bahawa diri aku di dunia ini hanyalah sebagai seorang HAMBA.Ya!Memang Allah itu Maha Pengampun.Biarpun kita melakukan dosa berulang kali seperti dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tapi bukankah melakukan dosa berulang kali itu akan mengeraskan hati?Hati adalah komponen utama untuk memahami,jika rosak komponen ini,adakah mudah untuk kita memahami apa yang disyariatkan oleh Allah?Lagipun dengan berulang kali melakukan dosa,tidak takutkah kita jika kita dimatikan dalam keadaan berdosa tanpa sempat bertaubat?Sedih bukan keadaan itu.Hidup ini hanya sementara,penuh sandiwara dan pementasan drama yang pasti membuaikan hati yang terleka.Hmmm...Sekadar renungan untuk DIRIKU dari seorang aku,hamba Allah yang pastinya lemah dalam melayari bahtera kehidupan yang kian berombak.Renungkan...

No comments:

Post a Comment