Wednesday, December 29, 2010

Tasjil madah(Daftar Subjek)



Dalam kesibukan aku nak menghadapi final exam aku untuk bio lab ni,sempat gak la aku menghulurkan tangan aku menulis blog ni di kala aku rasa malas gila nak studi ni.Bila benda macam ni merasuk diri aku,studi pun dah tak masuk.So,lebih baik aku hiasi blog aku ngan cerita2 yang tak seberapa ni.
Jam 3 petang(waktu Jordan)26 Disember 2010
Waktu ini merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa JUST tahun satu.Waktu ini menentukan adakah mereka akan mendapat jadual pada semester kedua seperti yang dikehendaki mereka.Tambahan pulak untuk budak medik macam aku ni,semester depan akan berdepan dengan subjek2 medik yang semestinya baru bagi aku sep
erti anatomy,physiology n histology.Pada semester ni,para pelajar boleh menyusun jadual kuliah mengikut yang dikehendaki mereka berbeza dengan semester pertama yang jadualnya disusun oleh pihak universiti.
Oleh sebab pendaftaran subjek dilakukan secara on-line,maka waktu pendaftaran subjek merupakan satu perlumbaan bagi mendapatkan kelas pada waktu yang dikehendaki.Nak kena berlumba dengan semua budak tahun 1 medik plak tu.Cuba bayangkan.Memang susah gak la.Sesetengah kelas tu boleh dinamakan sebagai hot stuff.Cepat ja penuh.Kalau dah penuh tu,jadual yg kita dah sedia elok2 tadi terpaksalah kena susun lain.Ambiklah kelas yang masih ada kosong.Kesian betul keadaan tu.Nasib baik aku dapat semua kelas yang aku nak.Nasib baik.
Tapi,aku dalam dilema sama ada nak ambik elektif ka tak semster
ni.Sebab kalau aku habiskan awal-awal tak payah lah aku ambik banyak elektif waktu aku third year nanti.Tapi aku takut kalau-kalau benda ni memberatkan subjek
yang aku nak bawak ntuk semester ni.Benda baru plak tu.
Akhirnya,aku buat keputusan ambik satu elektif.Sebab aku difahamkan ada minggu add n drop.So,bolehlah aku test power aku kejap ntuk seminggu.Pastu baru pikir nak drop ka tak.Akhirnya,jadilah jadual aku macam yang di bawah ni.

No comments:

Post a Comment