Sunday, January 9, 2011

Terkejut Eden

Akibat terbaca sbuah blog ari ni telah mendorong aku untuk menulis pada kali ni.Sari berita utama kali ini "100 ribu rakyat Britain telah masuk Islam".Cerita lama gak la kan.Tapi suka untuk diceritakan.Mudah.Bukan seorang,bukan 10 orang bukan jugak 1000 orang, tapi 100 ribu orang.Baca betul2 ya.
Mari kita susuli.Kenapa diorang ni memeluk agama Islam?Berdasarkan akhbar Daily Mail,pengislaman diorang ni sebab atas dasar keserabutan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Britain itu sendiri.Kenapa memilih Islam?Bukankah ada agama lain yang boleh dianuti selain Islam?Mudah.Sebab agama Islam itu syumul.Meliputi semua aspek.Daripada cara nak masuk tandas,sampailah cara nak memimpin dunia.Hebat bukan.Adakah agama lain yang sehebat itu?Takdak kan.Selesai.
Tapi adakah persyariatan sesuatu hukum terhadap manusia adalah satu masalah kepada manusia? Adakah semua disyariatkan hanya sekadar untuk menundukkan diri kepada pencipta semata-mata?Kajian sains tulen mahupun sains sosial telah membuktikan pelbagai benda tentang persyariatan dalam hukum-hakam dalam Islam.Mudah.Dalam solat.Mengapakah solat itu diwajibkan ke atas manusia?Kajian biomedik sendiri dah menunjukkan tentang keberkesanan solat dalam kesihatan manusia.Maksudnya apa?Maksudnya Allah mensyariatkan solat atas dasar kasih dan sayangnya terhadap kita.Nak kita sihat.Tak macam tu?Kan2.
Dalam kajian sains sosial pulak,saya tertarik dengan kata-kata blog tu-
"Sebuah portal berita Britain, Daily Mail melaporkan bahawa jumlah terkini rakyat Britain yang memeluk Agama Islam telah melepasi angka 100, 000 orang di seluruh negara tersebut. Purata rakyat Britain yang memilih Agama Islam adalah, golongan muda wanita Inggeris berkulit putih, yang berusia 27 tahun. Mereka dikatakan sudah bosan dan benci dengan masaalah moral dan ketidak sopanan warga British."

Source: 100 ribu rakyat Britain telah memeluk Islam - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2011/01/100-ribu-rakyat-britain-telah-memeluk.html#ixzz1AVpAicoL
Daripada kata-kata ni kita dapat katakan bahawa Islam itu sebagai agama fitrah.Apa yang disyariatkan sesuai dengan diri manusia itu sendiri.Buktinya dah jelas.Apabila diorang dah hanyut,tiba-tiba diorang rasa pelik.Dan akhirnya mereka kembali kepada fitrah.Dan lagi satu yang menarik ialah rata-rata yang memilih agama Islam adalah dalam kalangan wanita.Lihat.Diorang bukan tak tahu pada mulanya mungkin,tapi belum dapat hidayah.Islam melindungi kesucian dan hak seorang wanita.Bukan kerana wanita itu lemah ya.Tetapi wanita itu perlu dilindungi.Dua frasa yang memang berbeza.Dan Islam adalah pilihan yang bijak.kewajipan bertudung contohnya.Umumnya bertujuan untuk menjaga keselamatan wanita itu.Bukan setakat itu,diorang perlu ada mahram menemani setiap kali pulang ke rumah.Menarik bukan.Lihat betapa cantiknya Islam tu.
Islam itu bukannya tak elok,tapi umat Islam itu yang belum cukup elok untuk mempraktikkan Islam.Memang.Kita semua tidak akan mampu menjadi yang terbaik lantaran hawa nafsu yang sering mengganggu.Sekurang-kurangnya cuba untuk menjadi yang terbaik.Aku akhiri bicara kali ni dengan potongan ayat Al-Quran untuk diambil pengajaran.
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (3:7)

No comments:

Post a Comment