Wednesday, January 26, 2011

Gila Boring Kot!!!

Alahai....memang boring, sangat boring sampai semua movie n series dalam simpanan menjadi mangsa kerakusan duniawi seorang insan yg berada dalam keadaan bosan(bukan membosankan yer).

"Cuti-cuti macam ni pergilah melancong,nanti rasa cuti ni sekejap ja."

Ya.Memang betul.Bosan gila.Nak kata tak pegi melancong,sudah dihabiskan tempat di Jordan ni untuk dilawati.So, what is the problem?Aku rasa sebab tak bajet nak jadi camni kot.Maklumlah pertama kali cuti.Iqamah(I/C Jordan) plak siap dalam musim cuti..Ada ja kawan2 yang merancang nak kluar trus lepas dapat iqamah tu,tapi aku plak rasa malas.Entah.Cuti panjang ja lagi.Duduk umah pun mengadap movie ja.Maklumlah.Aku ni bukan medical student officially lagi.Baru abis.Semester depan ni,baru lah aku ni dianggap sebaga medical student.Buku pun dah dibeli.Boleh ja kalau takat nak belek2 skit.Tapi rasa malas tu timbul.Alasannya,dah orang bagi masa nak rehat,rehatlah betul-betul,nanti jangan menyesal bila dah start belajar.Pelik kan aku ni.Lagi satu kat sini guna sistem pembelajaran lain skit setahu aku.Pelajar bukan akan belajar semua sekaligus dalam satu2 pelajaran,Maksudnya, macam anatomy akan belajar secara general dan subjek2 medik lain secara general terlebih dahulu.Pastu para pelajar akan diajar secara "system by system".Tapi general tu,bukan maksudnya mudah yer.Tapi mesti ada silabusnya kan?So,aku prefer untuk menunggu berbanding memulakan dulu.X rasional kan.Pelik2.Nak kna ubah ni.
Ada lagi satu benda yang lagi kartun(lawak).Waktu musim peksa aritu,idea mencurah-curah ke ladang gandum nak menulis,tapi bila dah sampai musim cuti,idea kering laksana padang pasir yang hanya wujud loga maya(kalau ada oasis tu nasib la).hehehe.Ok la.Sekadar mengisi masa lapang yg terlapang(macam commentator piala AFF plak "tandukan open yang terbuka").

Sunday, January 9, 2011

Terkejut Eden

Akibat terbaca sbuah blog ari ni telah mendorong aku untuk menulis pada kali ni.Sari berita utama kali ini "100 ribu rakyat Britain telah masuk Islam".Cerita lama gak la kan.Tapi suka untuk diceritakan.Mudah.Bukan seorang,bukan 10 orang bukan jugak 1000 orang, tapi 100 ribu orang.Baca betul2 ya.
Mari kita susuli.Kenapa diorang ni memeluk agama Islam?Berdasarkan akhbar Daily Mail,pengislaman diorang ni sebab atas dasar keserabutan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Britain itu sendiri.Kenapa memilih Islam?Bukankah ada agama lain yang boleh dianuti selain Islam?Mudah.Sebab agama Islam itu syumul.Meliputi semua aspek.Daripada cara nak masuk tandas,sampailah cara nak memimpin dunia.Hebat bukan.Adakah agama lain yang sehebat itu?Takdak kan.Selesai.
Tapi adakah persyariatan sesuatu hukum terhadap manusia adalah satu masalah kepada manusia? Adakah semua disyariatkan hanya sekadar untuk menundukkan diri kepada pencipta semata-mata?Kajian sains tulen mahupun sains sosial telah membuktikan pelbagai benda tentang persyariatan dalam hukum-hakam dalam Islam.Mudah.Dalam solat.Mengapakah solat itu diwajibkan ke atas manusia?Kajian biomedik sendiri dah menunjukkan tentang keberkesanan solat dalam kesihatan manusia.Maksudnya apa?Maksudnya Allah mensyariatkan solat atas dasar kasih dan sayangnya terhadap kita.Nak kita sihat.Tak macam tu?Kan2.
Dalam kajian sains sosial pulak,saya tertarik dengan kata-kata blog tu-
"Sebuah portal berita Britain, Daily Mail melaporkan bahawa jumlah terkini rakyat Britain yang memeluk Agama Islam telah melepasi angka 100, 000 orang di seluruh negara tersebut. Purata rakyat Britain yang memilih Agama Islam adalah, golongan muda wanita Inggeris berkulit putih, yang berusia 27 tahun. Mereka dikatakan sudah bosan dan benci dengan masaalah moral dan ketidak sopanan warga British."

Source: 100 ribu rakyat Britain telah memeluk Islam - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2011/01/100-ribu-rakyat-britain-telah-memeluk.html#ixzz1AVpAicoL
Daripada kata-kata ni kita dapat katakan bahawa Islam itu sebagai agama fitrah.Apa yang disyariatkan sesuai dengan diri manusia itu sendiri.Buktinya dah jelas.Apabila diorang dah hanyut,tiba-tiba diorang rasa pelik.Dan akhirnya mereka kembali kepada fitrah.Dan lagi satu yang menarik ialah rata-rata yang memilih agama Islam adalah dalam kalangan wanita.Lihat.Diorang bukan tak tahu pada mulanya mungkin,tapi belum dapat hidayah.Islam melindungi kesucian dan hak seorang wanita.Bukan kerana wanita itu lemah ya.Tetapi wanita itu perlu dilindungi.Dua frasa yang memang berbeza.Dan Islam adalah pilihan yang bijak.kewajipan bertudung contohnya.Umumnya bertujuan untuk menjaga keselamatan wanita itu.Bukan setakat itu,diorang perlu ada mahram menemani setiap kali pulang ke rumah.Menarik bukan.Lihat betapa cantiknya Islam tu.
Islam itu bukannya tak elok,tapi umat Islam itu yang belum cukup elok untuk mempraktikkan Islam.Memang.Kita semua tidak akan mampu menjadi yang terbaik lantaran hawa nafsu yang sering mengganggu.Sekurang-kurangnya cuba untuk menjadi yang terbaik.Aku akhiri bicara kali ni dengan potongan ayat Al-Quran untuk diambil pengajaran.
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (3:7)

Thursday, January 6, 2011

Nilai Diri

Entah kenapa aku seringkali terasa nak update blog nih....nak cerita apa yang aku rasa kat blog ni...takpa la..ikut aku lah kan.Dah macam novel plak aku tgk.Tapi takpa.Layan ja,ok?
Aku hari ini dah selesai menjawab 3 daripada 6 final exam aku.Oleh sebab aku baru ja abih exam ketiga yang agak berat,so aku amik keputusan untuk merehatkan diri sebentar malam ni.
Duduk sejenak aku terfikir,di manakah nilai seorang hamba dalam diri seorang aku?Pelik kan aku tiba2 terfikir pasal benda ni.Aku sekarang terasa diri aku tidak terjaga.Dan keadaan ini menyebabkan aku sangat mudah untuk masuk ke kancah dosa sama ada sengaja mahupun tidak sengaja.Kalau dulu waktu kat skolah,aku agak sibuk dengan aktiviti di skolah, study dan segalanya.Masuk ke alam universiti segalanya berubah.Dunia yang dulunya dianggap sempit tiba-tiba menjadi sangat lapang dan membiarkan aku melakukan apa saja yang aku kehendaki.Berlari ke sana dan ke mari tidak kira waktu.Adakah aku nak tunggu aku jatuh baru nak tengadah?
Aku rindukan zaman dahulu.Walaupun aku tidak bebas,tapi aku dapat belajar pelbagai erti.Erti persahabatan yang sejati,erti kerjasama kumpulan yang tiada tolok bandingnya lagi,erti dakwah yang meliputi aspek rohani mahupun jasmani.Aku suka.Belajar menghormati.Tapi kini semuanya lari meninggalkan diriku yang kerdil ini.Aku mencari-cari di mana aku yang dahulu.Adakah sesuai waktunya untuk aku keluar dari lingkungan yang dahulu?Adakah cukup tarbiah yang ada dalam diriku untuk menghadapi dunia yang kian huru-hara dengan kebinasaan di sana sini?Sedih.Seolah-olah terasa sempit udara yang dihiduku.Takut.
Di hatiku tiba-tiba mendetikkan,satu ayat Al Quran
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
(Surah Al-Baqarah 2:286)
Sedih..Aku harap ini cumalah permulaan untuk aku mula menyesuaikan diri dengan kehidupan yang mencabar ini.Serius.Aku bingung.Aku bukan hilang arah tujuan tetapi cabaran yang silih berganti menjadikan aku seolah-olah lupa bahawa diri aku di dunia ini hanyalah sebagai seorang HAMBA.Ya!Memang Allah itu Maha Pengampun.Biarpun kita melakukan dosa berulang kali seperti dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tapi bukankah melakukan dosa berulang kali itu akan mengeraskan hati?Hati adalah komponen utama untuk memahami,jika rosak komponen ini,adakah mudah untuk kita memahami apa yang disyariatkan oleh Allah?Lagipun dengan berulang kali melakukan dosa,tidak takutkah kita jika kita dimatikan dalam keadaan berdosa tanpa sempat bertaubat?Sedih bukan keadaan itu.Hidup ini hanya sementara,penuh sandiwara dan pementasan drama yang pasti membuaikan hati yang terleka.Hmmm...Sekadar renungan untuk DIRIKU dari seorang aku,hamba Allah yang pastinya lemah dalam melayari bahtera kehidupan yang kian berombak.Renungkan...

Sunday, January 2, 2011

Alamak!!!!Blurrrr!!!



Rintangan pasti melanda,
Jangan undur walau selangkah,
Teruskan perjuangan,
Hingga ke akhir

nya,
Andai kau gugur andai kau syahid,
Kau diredhaiNya.

Lagu ni masih terngiang-ngiang kat telinga aku walaupun dah empat bulan aku meninggalkan INTEC.Lagu ni merupakan lagu pertama yang aku ngan kawan2 aku nyanyi kat situ dan aku rasa persembahan yang paling bes yang kami biasa buat.Sebenarnya bukan nak cita pasai
persembahan tu.Tapi nak cita pasai lirik lagu
kat atas ni yang ada kaitan ngan peristiwa sewaktu exam ni.

1 Januari 2011(Pukul 9.00 malam)
Esok merupakan paper aku yang kedua untuk final exam ni.Malam ni apa lagi,pulun lah sampai tak ingat dunia.Biasa la orang macam aku memang kena pulun sikit."Along ni len skit dgn adik-adik tu.Along kna rajin ja.Baru boleh dapat,"kata mak aku kat aku waktu nak UPSR dulu.
Dengan berbekalkan nasihat tu,aku berusaha sampai ke tahap sekarang.Tapi bukan nak kata,memang betul tu apa yang mak aku cakap tu.Aku memang len skit dari segi tu ngan adik2 aku.Aku kena usaha banyak sikit.Tambah pulak, aku anak sulung.Orang kata anak sulung ni kena tunjuk contoh yang baik kat adik-adik.Malu lah aku kalau kalah ngan depa.(Ego gila aku)
Tengah-tengah duk buat studi tu,tiba-tiba aku rasa serba tak kena.Tengok soalan tiba-tiba jadi blurr.Betapa kagetnya aku waktu tu cuma Allah ja yang tau.Gila ko
t.Studi punya la lama.Bila tengok soklan tak tau nak buat.Parah ni.
Tiba-tiba,aku teringat kata ustazah kumpulan n
asyid aku dulu kat sekolah.Ucapan tu keluar waktu latihan untuk ke pertandingan peringkat negeri.Tapi waktu memang lah.Buat apa pun tak jadi.Tapi berlatih daripada pagi sampai ke petang."Pergi lah solat dulu.Lepas tu,sambung balik".Daripada peristiwa tu,aku jadikan pedoman.So,aku pi ambik wudhuk walaupun sejuk-sejuk ni.Aku solat sunat hajat.Memang aku mintak gila la supaya tak blurr dan blank.Lepas-lepas tu,aku terus nak pi sambung.Tapi tak dapat sebab tiba2 black out.
2 Januari 2011(Pukul 6.00 pagi)
Aku bangun tidur pagi ni,aku rasa kepala aku ringan.Pelik.Kalau dulu,study add math tu malam tu,tidur pun mimpi nombor,bangun2 pening kepala.Tak pa lah.Aku buat macam biasa.Lepas solat subuh,aku sambung tengok studi.Bila aku tengok balik.Tiba-tiba idea mencurah-curah ke ladang gandum,dan jadilah koko crunch.Hehehe.Lega tak terkata lah waktu tu.Dan menyelesaikan exam aku ari ni dengan baik.Alhamdulillah.

Pengajaran aku dapat daripada peristiwa ini adalah walau sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia ni,ingatlah Allah selalu.Kerana Dialah
yang maha pemberi segalanya.Tapi janganlah pulak ingat waktu susah ja.Waktu senang pun kena ingat lagi2 la banyak kena ingat.Sebab Dia yang bagi senang tu kat kita.Kalau tak macammana.Tambah pulak,menuntut ilmu satu i
badah dan perlu keredhaan daripada Allah agar ilmu ni berkat untuk diri kita sampai bila2.