Saturday, December 11, 2010

Perjalanan 1 Muharam

Salam..Fuhh..rasa release tension skit.Pasal apa aku cakap camtu?Sbb aku baru ja lepas abih 2nd exam.Letih skit kali ni.Biasa la,semakin lama belajar,Makin mencabar la soklan dia,tambah-tambah biologi.Makin banyak nak kena ingat.Physics soklan makin mencabar jiwa n raga.Chemistry plak lagi banyak konsepnya.Anyway,aku bersyukur sebab walaupun kali ni aku agak jatuh sikit berbanding 1st exam,tapi aku dah berjaya mencabar diri aku seniri.Maksud aku,markah aku stabil la.tak jatuh teruk sgt.Tapi aku rasa iri hati jugak la sbb ada ja member2 yang daoat markah tinggi2,full mark pun ada.Tapi macam biasa,aku kena akui kekurangan aku.Dari dulu lagi aku jarang nak boleh berada di tempat teratas.Aku harap final ni aku boleh all out.Jadi,aku boleh la bercuti dengan aman tanpa rasa kekusutan.Doakan kejayaan aku ya.
Ok la..Ni bukan isi cita aku yang sebenarnya.Selingan ja.Yang sebenarnya,aku nak cita pengalaman aku,ikut satu "rehlah".Dalam satu hari,kami berjaya ke 3 tempat yang menarik di Jordan ni iaitu Umm Qays,Ajloun dan Jerash.


Apa yang ada kat Umm Qays?Sapa yang pernah dengar pasai Acropolis.Salah satunya terletak di sini.Sapa yang belajar Sejarah Tingkatan Empat,mesti tau pasai benda ni.Acropolis ni merupakan pusat pemerintahan dalam Tamadun Yunani.Biasanya Acropolis ni terletak di tempat yang tertinggi di satu-satu tempat.Di atas merupakan teater yang terdapat di Acropolis ni.Dia kelihatan seolah-seolah seperti colloseum.Tapi perbezaannya ialah agak kecil berbanding colloseum yang lain.
Di atas merupakan Church Terrace.Kesemua binaan ni runtuh akibat gempa bumi.Melalui cerita ni, dapatlah kita ambil pengajaran,sejauh mana kehebatan sesebuah tamadun tu,namun kekuasaan Allah adalah yang paling hebat.Hanya dengan satu gempa bumi,habis binasa semua binaan yang hebat yang dibangga-banggakan oleh manusia.Allahhuakbar.

Di Umm Qays jugak,kami ambik kesempatan untuk menziarah 5 makam para sahabat Rasulullah S.A.W.Mereka ialah Muadz bin Jabal,Amar bin Abi Waqas,Sharhabel bin Hasanah,Abu Ubaidah Bin Jarrah dan Dirar Bin Al-Azwar.Kelima-lima sahabat ini meninggal dunia akibat penyakit wabak taun.Dikatakan,mereka telah pun diperintahkan berundur oleh Saidina Umar Al-Khattab,namun mereka enggan kerana tidak mahu meninggalkan tentera mereka di situ.Ini adalah apa yang kami dengar.Tapi yang pastinya,perjuangan mereka ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.Lebih-lebih lagi,Muadz Bin Jabal,yang merupakan salah seorang penulis wahyu.Ada salah sebuah hadis Rasulullah menyebut bahawa janganlah mengambil Al-Quran melainkan daripada 5 orang yang salah satunya merupakan Muadz Bin Jabal.Di atas merupakan gambar makam Amar bin Abi Waqas dan di bawah merupakan makan anak Muadz Bin Jabal,Abdullah bin Muadz.Beliau disemadikan bersebelahan dengan makam ayahnya.
Kemudian,kami meneruskan perjalanan ke Ajloun.Di Ajloun,terdapat salah sebuah kubu atau kata lainnya "castle".Tempat terletak berdekatan sempadan Jordan-Palestin.Dikatakan,tempat ini merupakan salah satu daripada kubu lain yang dibina di sekeliling Palestin oleh Salahudin Al-Ayyubi dalam usaha menawan Baitulmaqdis.Di dalam castle ini,terdapat sebuah muzium yang menempatkan beberapa barangan bersejarah seperti cawan,jag dan syiling.
Selesai di Ajloun,kami pun bergegas ke salah sebuah kota Rom iaitu Jerash.Jerash merupakan salah sebuah kota tinggalan Rom yang musnah akibat daripada kebakaran.Di sini,ada diceritakan tentang kesan kebudayaan Hellenistik yang dibawa oleh Alexander The Great yang mempercayai tentang kewujudan Tuhan Zeus.Terdapat sebuah kuil dipercayai menempatkan tuhan mereka itu.Kota ini juga menempatkan dua buah colloseum.Apa yang menarik tentang teknologi colloseum ni adalah apabila anda berdiri di tengah colloseum ni,dan mengeluarkan suara.Pastinya suara anda akan kedengaran di setiap penjuru colloseum tersebut.Hebat bukan?Hehehe.Selain itu,terdapat satu lagi teknologi yang menarik adalah berkenaan tiangnya.Sebenarnya tiang yang teguh ini,tidak disambung dengan alasnya.Tiang ini hanya diletakkan tanpa apa-apa penyambung seperti simen atau lain-lain.Buktinya,anda hanya perlu letakkan sudu atau sebatang besi antara tiang dan alasnya.Kemudian,sila tolak tiang tersebut sekuat hati anda.Anda akan lihat sudu atau batang besi tadi bergerak menunjukkan bahawa tiang tersebut bergoyang.Namun,teknologi ini hilang hanya dengan sekelip mata akibat daripa kebakaran yang tidak disangka-sangka.
Demikianlah,tentang rehlah yang diikuti oleh aku dan beberapa orang rakan yang lain.Betullah kata orang,jauh berjalan luas pengalaman.
Fuhh...Habis cerita.Selepas ini,aku kena meneruskan usaha aku dalam membuat persiapan untuk final exam.Agak seriau la sebab markah final exam ini akan cover 40% daripada markah keseluruhan semester ni.Tambahan pula,final exam ni akan meliputi semua ilmu yang dipelajari dalam keseluruhan semester.Doakan agar aku dapat membuat persiapan yang terbaik dan melakukan yang terbaik dalam final exam ni.Wassalam

2 comments: