Tuesday, December 21, 2010

Akidah dan Kita

Sedang leka meniti hari untuk aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku di semester yang pertama ni,aku tidak lupa untuk mengikuti program PINTAR yang dianjurkan oleh PERMAI(Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid).Program ni memang diwajibkan kepada semua pelajar2 baru Irbid khususnya.Perlaksanaannya kami akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberikan pendedahan sebagai seorang mahasiswa Islam yang mempunyai tugas yang berat setelah pulang ke tanah air nanti.
Semalam aku n kumpulan membincangkan soal akidah.Sebenarnya akidah sebenarnya bukanlah perkara baru tetapi bukan juga perkara yang biasa dalam kehidupan kita.Sebenarnya,penekanan akidah ini penting sebab Rasulullah sendiri menggunakan masa 13 tahun untuk memantapkan akidah para sahabat dan 10 tahun lagi baru berkenaan ibadah dan yang lainnya.
Lepas tu, PERMAI ngan MPPMJ(Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan) buat program API(Akses Pemikiran Islam).Pun Cerita pasai akidah.Aku suka isi dalam salah satu pembentangan kertas kerja tu.Mudah.Ngan ungkapan dua kalimah syahadah sudah cukup untuk menerangkan tentang asas akidah itu sendiri.Melalui ungkapan "Tiada tuhan melainkan Allah" boleh dikaitkan ngan tauhid rububiyyah,uluhiyyah dan asma' wa sifat.Ketiga-tiga tauhid bukanlah perkara yang perlu dipisahkan tetapi perlu digerakkan seiring.Jika tidak tidak lengkap akidah kita.Sebagai contoh,Abdul Mutalib ketika peristiwa tentera bergajah.Dia meyakini bahawa Allah akan menjaga sendiri rumahNya sedangkan pada waktu itu Kaabah dikelilingi oleh berhala.Ini menunjukkan wujudnya tauhid rububiyah dalam diri Abdul Mutalib tetapi tidak tauhid Uluhiyyah.
Seronok berbicara tentang tauhid Uluhiyyah,Rububiyah dan Asma' wa sifat.Tapi apakah semua tu?Tauhid Rububiyah adalah melibatkan dari atas ke bawah iaitu meyakini Allah itu sebagai pencipta dan pentadbir seluruh alam.Tauhid Uluhiyah melibatkan dari bawah ke atas iaitu meyakini hanya Allah yang perlu disembah dan diibadati.Tauhid Asma' wa sifat pula berkaitan meyakini Allah mempunyai nama-nama yang baik yang berkaitan ngan sifat-sifat kesempurnaannya.
Sebenarnya,aku sengaja tulis semua ni sebab perkara2 ni tiba-tiba mengingatkan aku untuk cermin diri aku sendiri.Sejauh manakah ketaatan dan kesyukuran aku kepada Allah yang membawa aku ke tahap ni.Sungguh iman seorrang manusia biasa itu "yazid wa yanqus" tapi tidak salah bukan untuk mengekalkan tahap keimanan ini di tahap yang terbaik agar setara dengan kurniaannya.Fiikirkanlah.....

2 comments: