Saturday, April 28, 2012

Kerna itu,Aku...

Assalammualaikum,      

    Dah lama kiranya laman ni tak aku kunjungi apatah lagi mencoret sepatah dua yang menjadi tatapan buat semua..Hmm..Banyak sebenarnya yang berlaku ketika sang masa yang patuh akan perintah tuhannnya...Sentiasa bergerak detik demi detik,saat demi saat,minit demi minit,jam demi jam, dan begitulah seterusnya sunnatullah itu ditentukan oleh Maha Pencipta....Cepat?Lambat?Itulah perasaan yang dialami yang oleh setiap penghuni di lapangan ini...
     Namun,lapangan ini jugalah menjadi jalan sehala yang tanpa u-turn ...Dari yang mungkin berputik mungkin dah berbunga,yang muda sudah pun menjadi tua,dan tidak kurang juga yang hidup sudah pun mati..Dan semua itu terjadi dengan perancangan oleh yang menguasai seluruh alam ini..Dan hari ini aku terfikir untuk menulis post ni..
    Bunyi serius gila..aku pun taktau camna benda ni aku boleh terpikir nak tulis..Hmm..Bukanlah..Cuma satu bentuk refleksi dekat diri aku sendiri n member2 pasal masa ni...sesuatu yang tak berjisim tapi sangat rapat dan penting dalam kehidupan manusia..
    Dan sepanjang masa tu bergerak,perubahan berlaku...dan kadang2 kita tak sedar proses perubahan tu..Sedar2 ja,yang kita nampak, hasilnya...Dan sebab tu la kena selalu muhasabah diri...supaya perubahan yang berlaku pada diri kita bukanlah perubahan yang tidak baik..
    Tidak kurang juga yang berubah kerana berlaku sesuatu yang dianggap musibah mahupun hidayah.Terus hidupnya berubah 180 darjah...Apa yang diharapkan dan didambakan sudah menghadap jauh dari asal permulaannya..Hairan dan takut sebenarnya...sebab aku sendiri pun merasai perkara ni berlaku kat diri sendiri..
     Dulu aku persoalkan kenapa begitu dan kenapa begini?Tapi sekarang aku rasa soklan tu dah terjawab..Betullah firman Allah:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji org-org sebelum mereka, maka Allah (SWT) pasti mengetahui org-org yg benar dan pasti mengetahui org-org yg dusta.” [29:2&3]  

    Oleh sebab itu,perlu untuk sekurang-kurangnya bersedia dengan apa jua yang mungkin akan menimpa diri..Sebab kepada yang melepasi ujian-ujian ini pasti ada ganjaran yang menunggu..tidak pun di dunia pasti di akhirat...Bukankah Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang?

Wassalam

 

2 comments:

  1. Betol tue..Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
    Moga kuat hdpi semua ujian dari-Nya.
    teruskan bertinta menyebarkan cinta-Nya.^_^

    ReplyDelete