Saturday, November 5, 2011

"Tapi Kenapa?"

Assalammualaikum....
Dah lama puntak menulis kat blog sniri ni...Dari waktu lepas raya Aidilfitri,sampai sekarang...Macam biasa,bila dah lama tak update,tiba-tiba teringat rasa nak melawat blog ni...Terkejut gak aku,dah ada pengunjung2 baru...Terharu...Hahaha..

Ok la..Straight to the topic today,penggunaan perkataan "kenapa"..kalau kanak-kanak berumur 5-12 tahun tu,kita boleh tengok perkembangan minda diorang dengan perkataan ni...kerana diorang dalam proses belajar melalui apa yang diorang tengok.."Along,kenapa kapal tu boleh terapung atas air?"....Bila soalan ni ditanya kepada anda oleh seorang kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur tadi,jawab ja walaupun diorang tak faham....kerana mereka hanya mahukan jawapan..lagi pelik soalan yang diorang tanya...maksudnya dia tu seorang yang bijak sebab otak dia boleh berfikir sampai ke tahap tu...Sampai kadang2 kita akan terfikir,"Biar betul budak,bajet macam orang besar."Tapi psikologi seorang kanak-kanak,diorang takkan berpuas hati sampai diorang dapat jawapan...Maka timbullah sikap cuba-cuba...tapi ada juga kanak-kanak yang tak kisah...tapi kitalah nanti yang akan menjadi punca kebantutan(ada ka perkataan ni) pemikiran mereka...So,apabila ditanya,jawablah dengan yakin...macam jawab soklan SPM...(mesti ikut skema jawapan,ok?)

Kalau kanak2 tanya soalan yang pelik,maksud otak diorang tengah bekerja..tapi adakah perkara yang sama berlaku kat orang lebih dewasa...ataupun keadaan ini hanya menunjukkan perangai seseorang yang mengada...Kalau ikut aku,ikut personaliti dan apa yang ditanya...Kalau dah sampai melebih-lebih tu,memang sangat mengada la tu..Korang boleh judge seniri...

Tapi kadang2,setelah berlaku sesuatu peristiwa...perkataan ni juga yang akan keluar..."Kenapa la aku masuk medik ni,dah la susah,letih plak tu,kenapa aku tak masuk dentist ka,engineering ka,muzik ka,sukan ka,mass communication ka taklah aku merana macam sekarang" inilah pemikiran sesetengah orang yang berbaur putus asa dan menyesal...Ya...sebahagian dari kita akan cakap,"apasal yang kau mintak medik kalau kau tak mau,sekarang ni nak nyesal plak,kau tahu tak berapa biasiswa kau sepanjang pengajian kat sini?RM 700,000 tau tak?kau nak habiskan duit orang menanam padi kat sawah tu yang bayar cukai ka?"...Ada jugak yang akan cakap,"Lantak kau lah...Aku nak kau pikir sniri...Kau rasa nak give up pun,bukan ada kena mengena dengan aku."

Hmm...apa kata anda?Dalam sesetengah keadaan...kita kena bertindak secara rasional..Putus asa bukan penyelesaian masalah,tapi hanya cara untuk lari dari masalah...Macam pepatah cakap,"no pain,no gain".Sebabnya,ada masalah sekarang,kita give up...Lusa ada masalah,kita give up gak...akhirnya,takdak apa2 yang kita boleh buat...Sebab kita menghabiskan masa kita untuk lari dari masalah...Daripada masa terbuang macam tu,lebih baik kita cuba selesaikan masalah tu...kadang-kadang masalah tu cuma masalah kecil yang hanya berkaitan dengan diri kita sendiri...Jadi ,anda hanya perlu ubah diri sendiri...Memang kita akan cakap,buat seesuatu perubahan tu memang susah,tapi kalau ada keinginan yang kuat,segalanya mungkin...Takdak yang mustahil dalam dunia dengan izin Allah..

Kadang-kadang gak kita akan pikir,kenapa la masalah ni timpa kat aku?kenapa tak kat orang tu?Berhati-hati dengan soalan ni,sebab perkara ni melibatkan rukun iman keenam....melibatkan penerimaan ke atas takdir Allah terhadap kita...takdir pulak dibahagikan kepada dua yang boleh diubah dan yang tak boleh diubah..Contoh yang lebih mudah,semua orang tahu ajal telah ditentukan oleh Allah Taala tetapi bagaimana ajal itu menjemput kita,itu adalah pilihan kita...So,cuba untuk terima bahawa penyesalan dan putus asa bukan penyelesaian,tetapi beban.

Kesimpulannya,segala kesusahan dan kepayahan itu adalah pengalaman dan satu bentuk pendidikan yang membawa diri ke arah yang lebih baik.Kesilapan hari ini bukanlah satu bentuk hukuman pada masa akan datang tetapi sebenarnya hadiah yang tidak ternilai.Walaupun agak 'cliche',tapi ingin aku bagitau jugak segala yang berlaku itu ada hikamahnya..

No comments:

Post a Comment