Monday, July 15, 2013

Mana Aku Ingat?(1)

Februari 2010
Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an masuk ke kawasan bengkel.Bengkel hari ini semak sedikit.Mana tidaknya, tujuh “engine stand” hari ini ditugaskan untuk di”grind valve”.Proses untuk  “grind valve” memang agak leceh.Kepala silinder atau lebih mesra dipanggil “head” perlu dipisahkan dari enjin bagi memudahkan kerja.
                “Cikgu ada?” tanya lelaki tadi ringkas.
                “Ada,kejap saya panggilkan.”Pelatih yang disapa tadi terus ke arah bilik guru.
                Tidak lama kemudian, seorang lelaki berkulit hitam manis, berpakaian bengkel keluar dari bilik guru.Langkahnya disusun sederhana, tidak laju dan tidak pula perlahan.Cikgu Kamal namanya. Pelatih yang memanggilnya tadi berada di belakang.Aku melihat situasi itu dari tadi.Aku hairan kerana lelaki itu tidak kelihatan mesra dengan Cikgu.Perbualan mereka ringkas.Kemudian,Cikgu kelihatan menjenguk-jenguk ke sana sini seperti mencari seseorang.
                “Hah.Pak Long dengan Suri,pergi tolong tengokkan kereta pak cik.Bawak la apa yang patut,” arah Cikgu.               
                Nama aku diseru.Terkejut sebentar.Bukan kerana nama aku yang “Suri” tu dipanggil,tapi mungkin kerana terlalu khusyuk dengan kerja-kerja yang dilakukan.Pelik kan nama “Suri”?Nama aku Yusri.Nak rasa senang dipanggil , “Suri” pula jadinya.Tak apa-apa la.Aku selesa dengan panggilan tu.Bagi aku nama gelaran ni tujuannya untuk merapatkan,bukan untuk mengutuk.
                “Ada apa masalahnya,Cikgu?” tanya Pak Long,ketua kami kat sini dan yang paling tua.
                “Kereta pak cik ni tiba-tiba mati kat ‘traffic light’ sebelah kedai cina tu,”terang cikgu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah lokasi kereta itu.
                Penerangan ringkas cikgu tu secara tak langsung menerangkan apa peralatan penting yang perlu dibawa. “Test bulb” dan “screwdriver” sudah mencukupi.Baru satu bulan setengah dekat sini,tapi banyak ilmu yang dah aku pelajari.Macam kejadian pak cik ni, aku dah boleh senarai pendekkan cuma tiga sistem yang perlu diuji. “Starting system”, “charging system” dan “ignition system”.
                Kami sampai di lokasi kereta tadi. Kereta Proton Saga itu dalam keadaan but hadapannya yang sudah terbuka. Seolah-olah seperti sudah siap sedia untuk diperiksa.Nasib baik Proton Saga.Tidak kompleks.Kalau kereta yang menggunakan sistem komputer yang canggih seperti BMW,hatta HONDA sekalipun,aku tarik diri.Pak Long terus bergerak masuk ke dalam kereta manakala aku mendapatkan but hadapan kereta.Jam menunjukan pukul 2.00 petang.Panas terik dan enjin yang baru sahaja mati itu merupakan sinergi kepanasan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.Kereta cuba dihidupkan.Gagal.Tetapi dari segi bunyi “starter”,aku rasa tiada masalah. Aku memasukkan “screwdriver” ke dalam “high tension cable” yang ditarik daripada salah satu “spark plug”.Ujian ini bertujuan untuk menguji “ignition system”.
                “Try start sekali lagi,Pak Long,”arah aku.
                Tiada bunga api yang dihasilkan.Aku dah boleh agak “ignition system” ada masalah.Pak Long terus bergerak ke arah aku.
                “Ada api tak?” tanya Pak Long. “Api” merupakan istilah bengkel menunjukkan kepada bunga api.
                “Tak dak la Pak Long.”
                “Tak pa.Kita try test yang lain dulu,”kata Pak Long merujuk kepada “starting system” dan “charging system”.

                Berdasarkan pemeriksaan, kedua-dua sistem yang lain dalam keadaan baik. Pak Long mengeluarkan telefon bimbitnya menceritakan butir-butir yang penting kepada Cikgu.Tidak lama kemudian,Cikgu datang bersama alat ganti.Sebelum dibuat penggantian,Cikgu mengesahkan terlebih dahulu.Tepat.Rasa sangat seronok bila dapat buat kerja lapangan macam ni.