Thursday, May 2, 2013

Dua Generasi


    "Weih, nak pergi makan mana hari ni?" tanya Risham kepada tiga sahabatnya yang lain. Nyanyian perutnya itu mula menjadikan si empunya badan kurang enak.Laparnya itu sengaja ditahan kerana waktu untuk Solat Maghrib sudah suntuk.
    "Aku lapar jugak ni, kalau pekena nasi sedap jugak ni," cadang  Amin.
    "Tapi aku dah makan dah tadi, sejurus sebelum datang sini.Nasib baik sejurus, kalau dua jurus,"seloroh Shafiq sambil membuka kuda-kudanya.Maklumlah bekas ahli silat gayung lah katakan.
    "Aku ikut ja,"kata Nazrul.

    Mereka berjalan ke arah sebuah kedai yang terkenal dengan jualan nasi di kawasan penempatan mereka. Selesai sahaja makanan dipesan, Shafiq cuba untuk memulakan perbualan.
    "Eh, budak sekolah korang yang kat Seremban dengar kata nak kahwin dah kan?"
    "Ha'ah.Dia baru buat pengumuman kat group sekolah kat facebook semalam," kata Risham.
    "Hang bila pulak?Tak elok tunggu lama-lama ni,"Amin mula menyerang Risham yang selalu digosipkan dengan seseorang.Serangan yang menggunakan loghat utara itu menyebabkan keempat-empat mereka tersenyum.Senyuman si Risham disertai dengan 'blushing'.
    "Eh,apa aku pulak? Tu si Nazrul tu, bukan boleh sangat.Senyap-senyap ja, tengok-tengok dia dulu," Risham cuba menepis serangan Amin.
     "Padia ang ni?Haram sungguh,"bunyi loghat utara yang keluar dari mulut Nazrul menyebabkan tiga orang yang lain ketawa.

------------------------------------------------------------------------

    Enjin kereta dihidupkan. Tatkala itu, radio turut terpasang.Mengalunkan lagu-lagu malar hijau sempena hari lebaran.Setelah semua ahli keluarga sudah berada di dalam kereta, ayah pun memulakan perjalanan. Perjalanan ke kampung yang terkenal dengan Dato' Sagor ini mengambil masa lebih kurang dua jam.

    Adik-adik aku sudah terlena. Bosan. Pandangan aku tertarik ke muka ayah aku yang kelihatan ceria semacam.Timbul tanda tanya.Ayah perasan dengan pandangan hairan aku.
    "Hari ni kita jumpa kawan sepermainan abah merangkap saudara susu abah.Dah lama dah abah tak jumpa dia. Dekat 10 tahun dah rasa. Selalu waktu kita balik raya , dia balik rumah isteri dia kat Selangor. Tadi dia sms abah yang dia ada kat kampung,"cerita ayahku panjang lebar.
    "Eh, abah ada saudara susu?Tak pernah tahu pun,"aku hairan.Aku dah habis PMR tapi hanya tahu tentang perkara ini tadi.
    "Waktu opah lahirkan abah dulu,opah sakit.Jadi dia bagi la sepupu dia susukan abah."
    Aku mula faham.Dulu, sekampung tu boleh dikatakan semuanya adik-beradik.Tapi zaman sekarang, orang muda berpindah ke bandar untuk cari pekerjaan.Sebab tulah,anak-anak mereka kadang-kadang sampai sepupu pun tak kenal.
    Sampai di kampung,ayah terus memandu ke rumah saudara susuannya . Kelihatan seorang yang berumur sebaya dengan ayah aku sedang duduk-duduk di serambi. Kereta yang masuk ke halaman rumahnya pada mula disambut dengan dahi yang berkerut,kemudian senyuman ke telinga pula menyusul.
    "Eh,Tang.Ape kabo kamu ni?Lame tak dengo cerite nye ha. Dah berape anak nye?"kata lelaki tadi sambil menyambut salam kami adik-beradik.
    "Udoh enam.Kamu pe kabo,Mat?Lame bebeno tak dengo cerite,"tak semena-mena terkeluar loghat Perak ayah aku ni. Seronok sangat agaknya.
    "Teman ni rupe ini le."jawabnya ringkas.
    Suasana agak meriah ketika itu.Masing-masing mungkin mengubat rindu agaknya. Sembang-sembang orang tua la katakan.Malas aku nak ambil endah.
     Tiba-tiba suasana terdiam seketika.Mungkin sudah habis modal untuk meneruskan perbualan.
    "Mior ape cerite sekarang ni?Lame benor tak dengor cerite deme,"ayah aku cuba untuk membuka semula perbualan.
    "Mior mane ni?"
    "Alah.Mior anak Cikgu Ayub yang selalu kite pegi rumah die tengok tv ,"ayah aku cuba memberikan klu-klu agar Mior yang dinyatakan berada dalam kota minda Pak Mat.
    "Oh.Mior itu.La, Mior itu dah lame dah takde.Dengornye kene sakit jantung.Kome tak tahu ke?"pernyataan itu disambut dengan muka terkejut ayahku.
    "Bile?Allah, takde sape kabo ke teman."
    "Baru lagi.Bulan due rasenye."