Friday, February 10, 2012

'Pengetahuan Setitik Air Di Lautan'

Tidak semua perkara dipandang pada rasionalnya,
Ada perkara wajib percaya,
Tanpa bukti di depan mata,
Itulah rahsia yang Maha Kuasa.

Assalammualaikum,
    Semester dua yang bermula memberikan seribu satu rasa dalam diri.Seronok mungkin sebab dengan ini InsyaAllah bertambah lagi ilmu yang di dada yang dikatakan walau sebanyak mana pun hanya diibaratkan seperti setitis air di lautan.Hmm..Gementar mungkin kerana ini adalah masa penyesuaian aku bersama sistem pembelajaran yang baru.Kami akan didedahkan dengan pengetahuan yang baru melalui sistem2 yang berada dalam badan manusia.Tapi walau apa pun perasaan tu,yang penting aku harapkan semua yang berlaku selepas adalah yang terbaik untuk aku.
    Macam biasa setiap post aku,mesti la aku nak kongsi sesuatu dengan semua pembaca.Apa yang aku rasa.Mungkin sesiapa nak bagi pendapat lepas ni pun ok ja.Sekarang ni,aku start belajar ngan Hematopoietic and Lymphatics System.Secara keseluruhannya,kami akan belajar pasal darah dan lymph(lebihan darah yang keluar ke interstitial fluid).Walaupun baru ja start,tapi dah ada beberapa perkara yang aku rasa menarik dan semakin teruja untuk terus belajar dan belajar.
    Benda pertama yang aku rasa sangat menarik ialah tentang histology sel darah merah.Seperti yang dipelajari,sel darah merah terlibat dalam 'transportation' pelbagai bahan dari oksigen,karbon dioksida,hormon,nutrient hinggalah ke 'waste products'.Menarik teknologi ni.Tapi ada yang lebih menarik.Untuk pengetahuan semua,diameter untuk satu sel darah merah ialah 7 micrometer.Tapi diameter salur darah 'capillaries' hanyalah dalam lingkungan 6 micrometer.Persoalannya,macam mana sel darah merah yang besar ni nak lalu salur darah kapilari yang lebih kecil?Ajaib kan?Namun,setelah dikaji,sel darah merah ni telah dilengkapi dengan protein yang membolehkan sel ini menjadi fleksibel yang dinamakan spectrin.Spectrin ni dibantu lagi dengan protein yang dinamakan ankyrin yang mengukuhkan 'cell membrane' tadi daripada pecah(hemolysis).Selain itu,bentuk sel darah merah yang berada dalam keadaan 'biconcave' turut menentukan fleksibiliti sel ini melalui salur darah kapilari.
    Bukan setakat itu sahaja, teknologi ini juga membantu untuk menentukan normalnya sel darah merah itu sendiri.Seperti yang kita semua tahu,semua yang hidup,pasti akan merasai mati.Samalah kiranya dengan sel darah merah.Secara puratanya,jangka hayat satu sel darah merah ialah dalam lingkungan 120 hari.Semakin tua satu sel darah merah,saiznya akan menjadi lebih besar.Dan apabila sel darah ini merasakan dirinya sudah menghampiri ajalnya,maka dia akan ke spleen(limpa kot),yang mempunyai diameter kapilari yang lebih kecil.Dan di situ,hemolysis berlaku.Namun,kematiannya tak sia-sia.Sebab 90 peratus daripada heme yang digunakan untuk menghasilkan sel itu datangnya daripada sel-sel darah yang sudah mati itu.
     Kita beralih pulak pada penyakit yang melibatkan sel ni.Iaitu anemia.Anemia ni secara umumnya adalah kurangnya kapasiti oksigen yang dibawa oleh sel darah merah itu sendiri.Tapi orang kebanyakan selalu akan guna istilah kurang darah.Banyak kiranya jenis2 anemia jika ingin dijelaskan.Tetapi apa yang ingin diketengahkan di sini ialah anemia yang dikelaskan mengikut saiz darah merah itu sendiri.Jika sel ini tidak berada dalam saiz yang normal,sudah tentunya ia tidak akan berada dalam keadaan fleksibel.Istilah yang digunakan ialah Macrocytic jika saiznya melebihi 9 micrometer dan microcytic kurang daripada 6 micrometer.
    Daripada sini,dapatlah kita katakan bahawa ciptaaan oleh Ilahi yang Maha Hebat ini sangat menarik untuk dihayati dan diambil pengajaran.Kita lihat macam mana sel yang besardapat melalui kapilari yang lebih kecil.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.
    Wassalam

Friday, February 3, 2012

Optimis?Boleh ke?

Yakinkan aku tuhan, 
Dia bukan milikku,
Biarkan waktu,
Hapus aku.


    Risham yang lena dibuai mimpi indah hanya berbantalkan lengan di atas salah satu meja di kelas Tingkatan 3 Maju itu.Alunan lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Nidji yang sedang meningkat naik pada zaman itu terngiang-ngiang di telinganya.Mana tidaknya.Cuti akhir tahunnya hanya banyak dihiasi dengan lagu itu di corong2 radio.Oleh itu,tanpa lagu itu dimainkan di telinganya pun,lagu itu seolah-olah merasuk kotak pemikirannya yang sedang berada di alam fantasi.Tiba-tiba,satu suara yang dianggap asing  merosakkan struktur lagu kegemarannya itu.
    "Mana ketua kelas kamu?"suara itu mengherdik.
    Risham terbangun.Semua mata ahli kelas itu tertumpu kepadanya.Senyap.Namun,bagi Risham itu adalah perkara biasa.Kelas Tingkatan 3 Maju sememangnya terkenal dengan julukan kelas paling pandai dan paling senyap dalam keseluruhan tingkatan itu.Sebahagian besar pelajar kelas itu menggunakan peluang senyap itu untuk menelaah buku pelajaran bagi memahirkan diri mereka menjawab peperiksaan PMR yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.Namun, Risham menggunakan peluang itu untuk membuaikan dirinya ke alam mimpi.Setiap kali cikgu tidak masuk ke kelas,kelas persediaan petang dan juga sebahagian besar waktu cikgu mengajar di dalam kelas.Bukannya tidak mahu berjaga,tetapi segalanya berlaku secara automatik.Dia pun sendiri pelik dengan fisiologi badannya sendiri.
    "Saya,cikgu,"jawab Risham sambil berdiri.
     Dia sudah tahu apa yang akan dihadapinya.Sebenarnya,waktu itu merupakan waktu kosong yang disediakan oleh pihak sekolah untuk tujuan kebersihan dan keceriaan.Lawatan sekolah lain yang akan ke sekolahnya untuk tujuan "bench-marking",memerlukan pihak sekolah menyediakan satu hari untuk tujuan itu di sekolah mahupun di asrama.Namun,akibat ahli kelasnya yang lebih sibuk menelaah pelajaran pada waktu tersebut dan dia yang ketandusan idea menyebabkan dia mengalah kepada sikapnya yang suka tidur itu.
    "Mari ikut saya,"arah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang berumur dalam lingkungan pertengahan 40-an itu.
    Risham hanya mengikut arahan itu dalam keadaan yang separuh terjaga.Dia dibawa ke kelas sebelah.Kelihatan ahli kelas itu sedang sibuk menceriakan kelas mereka.Papan kenyataan kelas dihiasi dengan warna-warni agar membangkitkan suasana ceria.Dinding-dinding kelas dihiasi dengan kata-kata hikmah yang boleh memberikan inspirasi kepada mereka yang bakal menempuhi peperiksaan yang penting pada tahun itu.
    "Ketua kelas apa kamu ni?Harap ja kelas budak pandai.Tapi keceriaan pun tak boleh buat.Kelas-kelas belakang boleh ja buat keceriaan.Kamu boleh buat apa?"
    Cacian dan tohmahan itu diterima olehnya dengan hati terbuka.Dia tahu ini balasan yang akan diterima.Tapi apa yang boleh dia lakukan.Mandat yang diberikan bukan atas permintaannya.Bukannya ahli kelasnya tak tahu akan sikapnya yang lebih suka tidur daripada buat perkara2 lain.Dia sendiri pun bingung tentang keadaan tu.
...................................................................................................................

    Kali aku bagi panjang sikit cerpen kat ni...Selalunya pendek je kan.Test power....Untuk pengetahuan semua,aku telah berjaya menghabiskan proses pembacaan novel "Hatiku Di Harajuku" karangan novelis thriller tanah air Ramlee Awang Murshid.Ini adalah novel kedua yang aku habiskan selepas novel "Cinta Sang Ratu" yang aku habiskan pada awal tahun 2008.Dengan ini,jelaslah bahawa aku seorang yang malas membaca.
    Celoteh panjang.Isi tak masuk lagi.Hari ni aku nak cita sikit la pasal optimis.Pelik kan?Takdak angin,takdak ribut tiba-tiba aku nak cita pasal benda2 camni.Entahlah.Tiba-tiba aku rasa,sikap ni adalah satu elemen penting dalam kehidupan kita yang penuh mehnah dan tribulasi ni(tu dia aih,agak-agak la nak buat ayat canggih pun).Setiap hari yang dilalui,mesti akan ada ujian dan cabaran yang mendatang.Tapi yang penting,bukanlah sebesar mana ujian dan cabaran tu,tapi secekap mana kita sebagai manusia menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk menguruskannya.
    Macam cerita kat atas ni.Agak-agak apa yang akan jadi kat budak Risham.Adakah dia akan salahkan diri dia sendiri atas kesilapan itu?Atau dia akan salahkan ahli kelas dia yang pilih dia jadi ketua kelas tu?Atau dia akan cuba berubah?Atau dia akan letak jawatan daripada jadi ketua kelas?Atau,atau,atau dan atau...
    Banyak kemungkinan kan?Tahap berfikir yang membezakan tindakan seterusnya yang diambil.Ada yang melihat tohmahan dan cacian sebagai cabaran.Tapi tak kurang juga yang melihatnya sebagai penghinaan.Dan ada yang melihatnya sebaga jalan keluar untuk lari dari keadaan.Terpulang kepada masing-masing menilai secara optimis dan terbaik untuk diri mereka.Aku tak mau nak tentukan yang sepatutnya dan tak sepatutnya.Terpulang kepada masing-masing untuk menilai.
    Bagi aku,semester depan merupakan semester yang penuh debaran.Sebab sistem pembelajaran semester depan akan menjadi sedikit berbeza daripada sebelum-sebelum ni.Kami akan diperkenalkan kepada dunia perubatan yang sebenar mengikut sistem-sistem badan manusia.Agak gementar dan takut.So,dalam keadaan ni sikap optimis diperlukan.Caranya hanya dengan melihat waktu sekarang tanpa melihat masa lalu yang akan menimbulkan penyesalan dan masa hadapan yang akan mendatangkan kerisauan.Bak kata Mendua dalam lagu "Hampir Ke Situ"...."Biar orang katakan,tak punya harapan,bukan mereka tentukan takdir".Walaubagaimanapun,kita seharusnya bersedia,bukannya leka.Apa yang aku cuba sampaikan di sini,jangan sampai meramal perkara-perkara yang buruk yang akan berlaku yang hanya membantutkan semangat.So aku ambil kesempatan ni untuk meminta pembaca-pembaca,mendoakan aku n rakan-rakan yang bakal menempuhi semester kedua yang pastinya lebih mencabar diri kami sebagai mahasiswa dalam bidang Sains Kesihatan ni.Aku akhiri post aku kali ni dengan terjemahan ayat Al-Quran dari surah Al-Anfal ayat 60.

     Dan sediakan lah untuk mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap dan sedia untuk mengerunkan musuh-musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahuinya, dan apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianaiaya.

Terbang Mencari.....(Part 2)

19 Januari 2012

8.30 pagi: Aku dan rakan-rakan kembali bertenaga dengan rehat yang cukup dan semangat yang masih berkobar-kobar..Maklumlah, first day berjalan...Tambahan pula,waktu subuh yang masuk pada pkul 7.00 pagi..maka kami dapat tidur dengan nyenyak dan lama tanpa perasaan bersalah..Setelah mengalas perut dengan bekalan yang ada,kami bergegas ke perhentian bas setelah diminta tunjuk arah daripada bahagian resepsi hotel[tugas dilakukan oleh Razwan(bukan nama sebenar)]..Sampai di perhentian bas,aku agak takjub kerana setiap perhentian bas akan dimaklumkan lagi berapa minit bas seterusnya akan sampai..dah macam train plak....secara logiknya,jalan raya yang mempunyai pelbagai kemungkinan untuk berlaku apa2 perkara yang tidak diingini seperti traffic jam sukar untuk kita menentukan waktu tersebut dengan tepat.Jawapannya,hanya dengan disiplin yang tinggi sahaja,segalanya mungkin..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit hingga 30 minit untuk ke destinasi kami pada pagi ini iaitu Alhambra.Setibanya kami di Alhambra,kami tidak perlu beratur seperti yang lain kerana kami sudah menempahnya melalui laman sesawang.Tapi sebenarnya tiada masalah kalau ingin membelinya di kaunter kerana musim sejuk bukanlah musim yang menjadi pilihan untuk kebanyakan orang untuk melancong..
    Alhambra secara keseluruhannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu General Life dan juga kawasan Alhambra itu sendiri.Kawasan general life ini merupakan taman yang dihiasi dengan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.Terdapat tanaman ini ditanam dengan jarak yang tertentu yang apabila pokok ini meninggi mampu membentuk pintu gerbang.


Sekitar kawasan general life
    Kawasan Alhambra pula dihiasi dengan pelbagai monumen yang cantik dan masih kukuh berdiri tanpa ditelan zaman. Dengan teknologi pembinaan yang tidak begitu canggih untuk membinanya pada waktu itu,sudah cukup untuk menghasilkan bangunan yang tetap berdiri sehingga hari ini.Terdapat dua binaan yang ingin aku ketengahkan ketika ini iaitu Alcazaba dan Nasrid Palace.
    Alcazaba merupakan kompleks ketenteraan yang dibina untuk melatih para tentera untuk tujuan peperangan.Maka,tidak hairanlah jika kedudukannya berada tidak jauh daripada kawasan istana.Ia mungkin untuk tujuan keselamatan dan juga pemantauan.Dari beberapa castle(tak tau nak terjemah apa) di situ,ada sudah mampu melihat sekitar granada dari kedudukan pelan(pengaruh lukisan kejuruteraan kemahiran hidup yang bermaksud kawasan atas).
Gambar kota granada dari kedudukan pelan
    Kita beralih pula kepada Nasrid Palace yang merupakan bangunan utama yang menjadi tarikan di kawasan Alhambra. Rasa seronok tak terhingga melangkah masuk ke kawasan ni sebab boleh tengok patung singa dalam buku teks tingkatan 4 secara life.Wah..Rasa berdebar-debar ada gak macam nak masuk dewan upsr dulu(penggunaan unsur hiperbola di sini).Untuk pengetahuan semua,kawasan ini tidak boleh dilawati sesuka hati kerana bilangan orang yang boleh masuk ke kawasan ini adalah terhad dalam satu-satu masa seperti yang tertera di dalam tiket.Kawasan Nasrid Palace kami lawati dengan tenang dan girang.Satu-persatu monumen kami tonton.Jantung berdegup kencang tatkala melihat papan tanda ke Dataran Singa itu.Setibanya kami di kawasan tersebut, harapan yang aku bina seperti menatang minyak yang penuh pecah berderai menjadi pasir di tepian pantai(memang puitis tahap cipan ni).Hal ini kerana kawasan tersebut sedang melalui proses conservation.Oleh sebab itu,saya berazam untuk datang lagi ke granada pada masa akan datang.
    Kawasan keseluruhan Alhambra ini sangat luas untuk dilawati.Walaupun memulakan pengembaraan di sini agak awal,namun kami selesai melawat keseluruhan kawasan dalam sekitar jam 1500.Memang lama.

2100(waktu spain)-Terasa agak segar setelah mengambil masa rehat sebentar di tempat penginapan.Keletihan di Alhambra sudah pun terubat walaupun hanya dengan rehat yang sedikit.Namun,perut yang mula mendendangkan alunan kurang enak ini,menjadikan kami terpanggil untuk menjengah restoran-restoran makanan halal di sekitar kawasan ini.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja maggi itu menjadi taruhan perut yang berdondang sayang,namun masa depan harus difikirkan kerana perjalanan masih jauh.
    Dengan tindakan cekap Razwan(bukan nama sebenar),kami berjaya menemukan jalan yang membawa seolah-olah berada di Morocco.Terkesima aku melihat keadaan kedai-kedai makan yang kebanyakannya menyalakan lampu yang malap light intensity-nya yang kononnya mampu meniup suasana romatis.Namun, kebanyakan kedai di lorong ini bukanlah restoran,tetapi kedai-kedai cendera mata,hati mahupun jantung(jika ada).Kalau ingin menjadi seorang yang bijak,maka survey-lah terlebih dahulu untuk mendapatkan buah tangan yang murah untuk dibawa pulang.
    Oleh sebab restoran yang berada di lorong ini menyajikan juadah mereka dengan harga yang agak tinggi dan agak diragui kesahihan halal,maka kami bertanyakan Pak Cik Si Penjual Buah Tangan untuk menunjukkan kami restoran yang menyajikan juadah dengan harga yang berpatutan dan dijamin halal.
    Setelah makan,kami berasa kenyang dan puas.Walaupun tidak mendapat nasi sebagai hidangan,tetapi kus-kus dan roti morocco sudah cukup menenangkan keadaan perut yang sedang porak peranda.Perut sudah kenyang,mari kita tidur.

20 Januari 2012

0900(waktu spain)-Setelah selesai urusan check-out dan penyimpanan bagasi,kami meneruskan pengembaraan di sekitar kawasan albaycin yahg berada tidak jauh.Seperti biasa, Razwan menjalankan tugasnya sebagai ahli peta yang berjaya menjejaki satu persatu monumen di sekitar kawasan itu berpandukan peta yang dibekalkan kepadanya.Banyak kiranya monumen2 yang telah kami terokai dengan bantuan kecekapan beliau.Kami juga berpeluang berjalan di lereng gunung menghayati ciptaan kehijauan alam ciptaan Ilahi yang didambakan bagi setiap pencinta alam.Kepenatan sepanjang perjalanan terubat dengan menghirup udara nyaman di situ.Hmm..
    Sepanjang perjalanan,kami ditemukan dengan sebuah masjid yang bersebelahan dengan dengan sebuah gereja.Tetapi kami dikira kurang bernasib baik kerana masjid itu ditutup pada waktu tersebut dan hanya dibuka pada waktu solat jumaat yang berbaki masa 2 jam lagi waktu itu.
    Salah satu monumen yang menarik minatku untuk diceritakan di sini ialah rumah mudejar(orang bukan Islam yang mengamalkan cara hidup orang Islam).Menarik.Kerana konsep taman di persekitaran kawasan rumah  ini mirip dengan  general life yang dilihat di Alhambra.
    Kami juga berjaya menjejaki kota lama di kawasan Albaycin ini.Agak tenang dengan bunyi deruan air yang mengalir tidak jauh dari kawasan ini.
Berada di kota lama Albaycin
1600(waktu spain) - Kami bergegas ke tempat penginapan untuk mengambil beg yang disimpan dan bergerak menuju ke estacion(stesen) bas untuk ke Malaga.Sebelum itu,kami mengisi perut yang ingin dikasihani agar tidak menderita sepanjang perjalanan yang akan mengambil masa lebih kurang 3 jam itu.
2130(waktu spain) - Turun dari bas kami mendapat orang tempatan yang dilihat boleh dipercayai untuk mendapat tunjuk arah ke tempat penginapan.Setelah dilihat agak memahami arah yang diceritakan olehnya,kami bergerak dengan yakinnya melalui jalan-jalan yang sesak di bandar Malaga pada malam itu.Keletihan yang dirasai sepanjang perjalanan terpaksa kami endahkan kerana kami percaya pengorbanan yang kami lakukan terbalas dengan sebuah katil yang lebih selesa di tempat penginapan nanti.
    Lebih kurang satu jam kami melilau di sekitar bandar Malaga yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang tingginya sekitar 4 hingga 5 tingkat secara purata.Hmm.Kami buntu.Namun,jika mengharapkan keajaiban untuk berlaku,mungkin tindakan itu agak mustahil.Usaha dilipat gandakan dengan bertanyakan orang lalu-lalang yang berdekatan.
    Kemudian,kelihatan sepasang suami isteri yang berada dalam lingkungan 40-an kelihatan bersungguh-sungguh memberitahu jalan yang perlu diikuti.Kami mengikut jalan yang yang disebutnya itu.Namun,tempat penginapan yang perlu dituju masih belum ditemui.Kerana keinginan yang memuncak ingin menemui bantal dan tilam untuk melabuhkan badan yang keletihan ini,usaha untuk bertanyakan jalan tetap diteruskan.Kami menemukan lagi sepasang suami isteri yang lalu-lalang untuk menghulurkan bantuan.Namun,tindakan mereka kali ini agak berbeza.Si suami menyuruh kami mengikutinya untuk ke tempat penginapan.Dia membawa kami terus ke tempat penginapan.Kemudian dia berlalu pergi begitu sahaja.Kami hairan.Dia berlalu pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku.Dari situ kami sudah dapat menilai keikhlasannya.Terasa bersyukur kepada Tuhan empunya alam kerana dipertemukan mereka yang sedia membantu perantau yang kebuntuan.Moga pasangan suami isteri tersebut dikurniakan hidayah dari Yang Maha Esa.
   

Wednesday, February 1, 2012

Terbang Mencari..... (Part 1)

    Jauh berjalan,luas pengalaman,bertambah pengetahuan,menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan...pergh..bermadah kata aku kali ni...hahaha..macam tak biasa pulak...ok la.aku tulis post kali ni nak cerita sikit la pengalaman aku yang tak seberapa ni menjelajahi Bumi Andalusia dan Bumi Renaissance.Mungkin akan ada orang cakap,buat apa la pegi melancong ni,habis duit ja...daripada abih duit camtu ja,lebih baik buat benda lain.Tapi pandangan aku,kalau ada duit lebih2 tu,pegi ja la jalan2,sebab ni lah salah satu cara nak buka mata,buka minda...Kita akan dapat melihat dunia dan menilai..(Ayat Fadilah Kamtumi dah keluar)..Sekarang,aku teruskan dengan catatan aku sepanjang perjalanan..Mungkin aku tak boleh nak ceritakan semua,tapi aku akan cuba untuk recall apa yang aku dapat sepanjang perjalanan
17 Januari 2012 
 1000(waktu jordan) -Beg dah siap,bekalan dah siap,perkakas dah siap...sekarang ni tinggal nak tunggu masa nak gerak ja..ada la perkara-perkara kecil yang masih perlu diselesaikan..macam borang safar(borang makluman kepada persatuan pelajar untuk keluar melancong) dan lain2..biasa la tu,sebelum ni pun,nak pakai kasut baru isi borang safar..
 1500(waktu jordan) -Tunggu MPV...beg semua dah ada kat tempat pertemuan..30 minit kemudian baru la pak cik MPV sampai.pastu pegi ambik semua ahli rombongan di rumah masing2..kesimpulannya dah pkul 4 lebih baru boleh gerak dari Irbid ke airport...Kami sampai di airport dah nak dekat pkul 6...Ticket flight pkul 8.50 malam..kira kami berada agak awal di tempat kejadian bagi mengelakkan perkara2 yang tak diingini berlaku..
 2100(waktu jordan) -Kapal terbang sudah mengembangkan sayapnya ke awan dan sejurus itu aku berada di madrid...aku terjaga..rupa-rupanya smua itu mimpi(punya semangat nak berjalan)
18 Januari 2012      
0030(waktu london)-Ahli2 rombongan sampai di London Gatwick..terpesona dengan lapangan terbang yang agak bes(tapi wi-fi pun takdak,nak kena online guna pc yang dia sedia,kena bayar plak tu).Kami di sini hanyalah untuk tujuan transit..Namun,waktu transit ini dipenuhi dengan minuman yang tidak berperisa(air mineral).mana tak nya,duduk 5 jam atas flight tak minum apa2,ada ja dia jual atas flight,tapi rasa tak berbaloi plak bli,memang rugi berganda..memang kering la..Hmm..cuaca kat london waktu ni,tak la sejuk sangat..boleh takat nak amik angin malam(hobi saya).
 0730(waktu london)- Ahli2 rombongan berada di dalam kapal terbang kepunyaan syarikat easyjet untuk ke madrid...excited tak terkata la..mimpi indah menjadi nyata..masa diambil dari london ke madrid lebih kurang 3 jam...tapi macam biasa la..aku alergi skit menjadi penumpang kenderaan...asal masuk je tidur,asal tidur je masuk..bangun2 dah mendarat rupanya..setibanya kami di lapanngan terbang madrid kami disambut oleh "information centre" yang tidak jauh dari balai ketibaan..ini adalah panduan utama yang perlu diikuti oleh setiap traveller kali pertama..Ini bertujuan melancarkan perjalanan..lagi satu sebabnya orang kat information centre ni boleh cakap bahasa inggeris..mudah la untuk komunikasi dua hala sebab lepas ni mungkin susah nak tanya orang tepi2 jalan dan sebagainya..
 1230(waktu spain)-kami berada di stesen bas merangkap stesen kereta api setelah menaiki bas dari airport..meneliti bandar madrid sepanjang perjalanan..rasa macam duk kat Eropah(poyo gila)..bes tengok bangunan,pemandangan,pokok besar,fountain..pergh...terkaku diam seribu bahasa sambil mulut ternganga...ni dah bukan rusa masuk kampung dah ni,ni dah macam rusa masuk kota metropolitan.. Kami berada di stesen ini untuk menunggu masa train kami untuk ke granada..sambil menunggu peluang digunakan untuk memenuhi segala hajat yang perlu ditunaikan agar tidak menyesal di kemudian hari..tips yang kedua perlunya anda menyedia botol untuk memenuhi hajat ini kerana anda mungkin berasa kekok untuk menggunakan tisu bagi yang tak biasa..Ada juga yang memenuhi kekosongan perut sebelum tiba di tempat penginapan di granada nanti untuk tujuan alas perut..Sampai sahaja di tempat penginapan nanti aku berazam untuk makan maggi yang dibawa..
1700(waktu spain)-kereta api meluncur laju di atas landasan..aku meneruskan perjuangan tidur aku seperti biasa..namun kali ini sedikit berbeza,sebab aku terbangun beberapa kali sepanjang perjalanan..bukannya tak mahu menikmati permandangan sekeliling,tapi tiada yang menarik minat aku untuk menghayatinya..aku pun heran gak..lagipun hari pun dah nak gelap..tak nampak apa pun dari dalam train tu..kami tiba di granada 5 jam kemudian..setelah bertanyakan jalan di kaunter tiket di stesen kereta api itu kami tiba di tempat penginapan yang telah kami tempah..Semua kami terus ke bilik masing2 untuk tujuan rehat demi pengembaraan sebenar yang akan bermula pada esok hari...