Friday, December 16, 2011

"Aduh,sakitnya"

Assalammualaikum,

Hmm..sementara ada ilham dan masa baik menulis..at least tak la terbuang masa tu..Sedar tak sedar, sekarang aku dah hampir menamatkan semester 1 tahun kedua dalam bidang aku amik ni...Macam biasa,semakin lama semakin susah.Dan kadang2 tersentak jugak hati ni bila terpaksa menghadapi saat2 genting tu.Apa puncanya?Sebab semester ni aku 'syllabus'nya berkaitan dengan 'abnormal'.Macam pathology(subjek berkaitan penyakit2),pharmacology(subjek berkaitan ubat-ubatan),microbiology(subjek berkaitan benda2 kecik seperti bacteria,virus dan yang sama waktu dengannya),molecular genetics dan biostatistics.Dengar macam gempak kan?Dan kegempakan itulah yang membawa sakit sikit tu..

Berkaitan tajuk hari ni,siapa yang penah rasa sakit?Angkat kaki.Apasal bau stokin ni?..Ok,cuma selingan.Pernah tak kita terdengar yang sakit ni adalah satu rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.Ada yang mengatakan sebagai kifarah dosa.Dan secara psikologinya,orang yang sakit ni akan lebih lembut hatinya dan akan mula berfikir untuk memperbaiki diri..betul tak?

Tapi setelah mempelajari ilmu pathology,pandang sisi aku terhadap sakit sebagai salah satu rahmat itu berubah sedikit.Ketika mana badan kita dicerobohi oleh anasir2 yang tidak sepatutnya,satu sistem yang dicipta oleh Allah yang Maha Hebat iaitu inflammation(radang kot dalam bahasa melayu) mula berfungsi.Jom kita telusuri cerita ni.Aku akan cuba ceritakan secara ringkas.

Terdapat beberapa komponen penting dalam inflammation ni iaitu beberapa jenis sel darah putih,sel salur darah,protein plasma dan beberapa sel di extracellular matrix(tak reti nak terjemah yang ni).Dan apabila badan kita dicerobohi,maka komponen2 ni akan bertindak secara harmoni cuba untuk memperbaiki keadaan yang cemas tu.Bilangan sel darah putih akan bertambah,sel salur darah akan mula mengecut,dan ini memudahkan sel darah putih untuk ke tempat yang berlaku jangkitan.Dalam proses ini juga,beberapa bahan kimia yang dipanggil 'chemical mediators' turut dirembeskan untuk membantu proses ni.Dan, chemical mediators ni jugak la yang menghasilkan rasa sakit dan mungkin membawa kepada kesan yang dipanggil 'acute systemic effect'.Acute systemic effect ni la yang boleh membawa kepada demam sebagai salah satu kesannya.

Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan?Sistem yang disediakan oleh Allah ni cukup cantik.Apabila kita sakit,kita akan mula brasa lemah,tetapi lemah itu bukan untuk selamanya,tetapi untuk membina kekuatan dan memperbaiki keadaan.Sakit tadi akan membawa kita ke arah yang lebih baik sebab jangkitan yang masuk ke tubuh badan kita telah pun diperbaiki oleh sistem ni.Jangkitan yang sama untuk kali kedua adalah agak tipis.

Satu lagi perkara yang boleh dipetik melalui cerita sakit ni ialah penggunaan ubat dalam mengubati penyakit.Kita mesti pernah dengar orang cakap,"Sebenarnya yang menyembuhkan tu,bukan ubat tu,tetapi Allah."Mai cek nak sambung skit...tapi ubat itu adalah sebagai ikhtiar..Kata-kata memang benar.Konsep ubat dalam perubatan,bukan pemberi kekuatan sampai boleh terbang ka,jadi superman ka...tapi hanyalah sebagai "modifier of the system".Sistem ni dah ada.Tapi ubat berfungsi hanya berfungsi untuk ubahsuai sistem ni mengikut kesesuaian yang sepatutnya.Sistem datang daripada siapa?Sendiri mau ingat la..Dan seperti biasa,ciptaan manusia tak pernah sempurna.Setiap ubat mempunyai prototype dan kesan sampingan tersendiri yang jika tidak digunakan dengan betul akan membawa kemudaratan.(pesanan:sila jumpa doktor untuk prescription ubat yang betul.)

Demikianlah,bercerita pasal sakit.Walau bagaimanapun,jaga nikmat kesihatan yang ada agar hidup ni dapat dinikmati dan dilalui dengan.Selesai baca post,mohon doakan aku untuk peperiksaan akhir semester yang akan menjelang tak lama lagi.

Wassalam