Saturday, August 6, 2011

"Kalaulah aku...."

Assalammualaikum,
Setelah beberapa hari puasa,sudah banyak kiranya pengalaman dan perasaan yang bercampur baur,ada suka,ada duka,ada risau,ada macam-macam...susah nak digambarkan dengan kata-kata...Namun,setiap hari aku mendambakan esok adalah lebih baik daripada hari ini dan lusa adalah lebih baik daripada esok...dan begitulah seterusnya...
Namun, kadang-kadang pernahkah kita rasa menyesal dengan apa kita buat hari ini...dan akibatnya kita rasa sampai ari ni?Itulah perasaan yang tidak baik untuk dilayan dan paling tidak selesa bagi orang yang merasainya...Jadi,beberapa perkara haruslah diambil perhatian sebelum kita membuat sesuatu benda yang besar dalam hidup kita...

1.Solat Sunat Istikharah
Ini adalah perkara pertama yang harus dilakukan...Tujuan solat ini dilakukan adalah untuk meletakkan seluruh penyerahan kita kepada Allah atas segala pilihan yang diberikan kepada kita..Dan berharaplah dengan seikhlasnya...pasti anda tidak anda tidak akan kecewa...sesetengah orang melihat solat ini hanya dilakukan ketika berada dalam keadaan genting sahaja..namun sebenarnya kita boleh lakukan bila-bila masa kerana sebenarnya hidup kita ni penuh dengan pilihan....dan secara tidak langsung kita telah mempersiapkan diri kita menghadapi pilihan itu..

2.Bertanya pendapat orang lain
Ini boleh dilakukan dengan bertanya pada orang yang lebih tua ATAU orang yang lebih berpengalaman ATAU ibu bapa kita....Mereka ini boleh menjad sebagai penunjuk jalan...seperti kompas..tetapi ingat...terima semua pendapat itu secara neutral..jangan jadikan pendapat itu sesuatu mengongkong kita dalam membuat keputusan..

3.Buat jadual
Dengar benda ni macam skema...Tapi inilah kenyataannya....dengan cara buat jadual perbandingan..kita akan nampak secara visual apa perbezaan.Kadang-kadang kita cuma nampak perkara yang ketara sampai menutup perkara-perkara yang lain yang mungkin lebih penting..So,benda membantu secara tidak langsung dalam usaha kita membuat keputusan..

Bukan apa,aku cuma harap lepas kita buat sesuatu keputusan tu,kita tak lagi rasa menyesal macam beberapa orang yang pernah rasa menyesal sblum ni...bukankah Allah itu menyukai orang buat kerja dengan bersungguh-sungguh..macam dalam usaha kita mendapatkan keputusan yang terbaik macam hadith ni..

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu kerja itu dengan tekun”( Riwayat Al-Baihaqi)

Wassalam


Wednesday, August 3, 2011

Yes!!

Assalammualaikum,
Hari ini berlaku benda yang agak lawak..Pasal apa agaknya ya?Sebab ari ni batch aku dah mula tasjil untuk subjek2 2nd year nanti...Macam-macam reaction orang aku tengok....ada yang seronok..ada yang kena penalti...ada yang sedih...ada yang suka psiko orang lain...ada yang nak salahkan orang lain...ada yang pasrah...Fuhh...Memang lawak tengok gelagat manusia...Dan dari sini lah aku dapat idea untuk tulis post ni ari ni..
Aku terdetik...macam mana agaknya keadaan di padang mahsyar nanti bila tibanya hari kiamat....sedangkan waktu di dunia bila kita tak dapat apa yang kita rancang,kita dah mula buat macam-macam reaksi...ternyata bila di akhirat nanti kita semua pasti menginginkan balasan syurga yang digambarkan oleh Allah dengan keadaannya yang sangat selesa..Ini dirakamkan oleh Allah dalam surah Ar-Rum ayat 15 yang bermaksud
"Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,maka mereka akan ditempatkan di taman syurga dalam keadaan bersuka ria"

Inilah kebahagian yang abadi yang diinginkan oleh semua orang...Tak kiralah tua ka,muda ka,kaya ka,miskin ka,soleh mahupun yang buat maksiat..Namun kebahagian ini bukanlah boleh didapatkan dengan mudah kecuali dengan rahmat Allah..
Adakah yang banyak beramal soleh itu akan mendapat rahmat Allah dan yang banyak melakukan maksiat itu tidak akan mendapat rahmat Allah?Ini adalah perkara yang langsung kita tak payah nak pikir...cukuplah sekadar kita berusaha bersungguh-sungguh beramal dan berdoa banyak-banyak agar apa kita dapat rahmatnya di akhirat kelak..Kenapa ya saya tak jawab soalan ni?kerana ini adalah hak Allah yang bersifat dengan sifat Iradat...Tapi jika kita berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu,mustahil Allah itu bersifat dengan sifat zalim bukan?
Inilah sifat manusia yang kadang-kadang banyak tanya daripada nak buat...dalam erti kata lain berdalih...Lebih baik kita fikir nak buat banyak kebajikan daripada nak fikir perkara yang bukan terletak pada hak kita ni..bukankah lebih elok begitu?Sempena Bulan Karim ni...banyak2 la buat kebaikan agar dapat membawa kita ke arah yang Allah redhai dan kita inginkan..
Wassalam

Monday, August 1, 2011

"...........BUDAYA KITA"

Assalammualaikum,
Sedar x sedar dah start dah puasa kan?Amacam?Ok?Harap-haraplah kita dapat mencapai objektif yang disebut oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 iaitu menjadi orang yang bertakwa..InsyaAllah....
Hmm..Tak tau nak start macam mana sebenarnya tapi aku cuba agar semua org pham la apa yang aku cuba nak sampaikan ni...Aku dapat ilham ni waktu atas bas nak balik ke rumah td...Diorang ada cakap pasal sahur..katanya sahur ni mula-mula ja la nak,lepas tu dekat2 last dah x sahur...
Perkara ni mengingatkan aku pasal perubahan diri...Ramadhan adalah sebuah madrasah yang disediakan oleh Allah bagi kita melatih diri kita menahan diri kita dengan cubaan yang lebih hebat selepas bulan Ramadhan.Jadi, tidak salah kiranya kita menggunakan waktu yang masih berbaki 28/29 hari lagi ni untuk menguatkan azam kita untuk mengubah diri kita dari takuk yang kurang baik menjadi lebih baik....Mungkin orang akan cakap benda ni waktu Maal Hijrah ja..tapi aku rasa perubahan ni tak perlu tunggu masa yang sesuai...tapi yang hanya kita perlukan cetusan untuk berubah...Cetusan ini kita bajailah dengan keazaman yang kuat agar ia tumbuh menjadi tunjang dalam kehidupan kita...
Masyarakat melayu memang terkenal dengan beberapa budaya di bulan Ramadan yang aku rasa kurang baik la untuk diamalkan...Budaya ni mengikut definisi aku adalah perkara yang mejadi kebiasaan sesuatu kaum atau individu yang secara tidak langsung menjadi imej diri mereka sendiri....Baiklah sekarang aku nak nyatakan beberapa budaya ni yg mungkin boleh diambil perhatian cuba untuk diperbaiki agar budaya yang lebih segar dapat ditanam dalam masyarakat Melayu...

1.Berbuka Puasa Secara Berlebihan
Ini mungkin kadang2 kita memang dah perasan dari dulu lagi kan.Alasannya mudah.Katanya nak meraikan kemenangan kita dapat puasa pada hari tu atau erti kata lain bagi ganjaran kat diri sendiri...Kalau kat Malaysia lagi lah best,sampai berplastik-plastik bawa balik dari bazar tu...Bukan salah sebenarnya...tapi kurang manis la.Lagipun tak bagus untuk kesihatan pun...Kita ambik satu analogi...Bayangkan korang tengah tidur,tiba-tiba orang kejut korang suruh lari 100 meter..amacam?tak ka tergolek ja depan tu.Macam tu perut kita...Memberi tekanan secara mendadak macam tu sangat berbahaya...Ada juga yang beralasan sebagai kekuatan nak pergi terawih...tapi sebenarnya makanan yang banyak tu la nanti yang menjadi halangan nak berterawih...Ya la..Dah makan banyak sah2 la mengantuk...Pastu mula lah dah tak boleh bagi perhatian masa sembahyang..Ingat..Peluang Ramadhan sekali ja setahun,Solat Terawih pun sekali ja setahun..Jadi kita hendaklah cakna dengan keadaan yang macam ni..

2.Solat Terawih Di Awal Bulan
Isu ni lagi lah bes....Kita boleh buat analisis sendiri kat Malaysia...Boleh teka la...Habih kuat
10 hari awal tu la yang penuh masjid tu...Masuk yang hari-hari yang seterusnya..Tinggal la beberapa saf ja Solat Terawih..Nasib baik la tak tinggal imam ngan bilal ja...Ya..Aku tahu Solat Terawih ni sunat ja...tapi apa salahnya kalau kita luangkan masa sekejap ja pada bulan yang penuh rahmat ni untuk mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta secara berjemaah ni..Jom kita fikir skit...Allah sediakan solat sunat ni hanya pada bulan Ramadan.Bonus tu...Kita dah bincang sebelum ni yang puasa tu Allah bagi kita bonus satu ATP untuk setiap glycogen,yang diproses sebgai tenaga..Tak salah rasanya kalau kita gunakan ATP ni untuk menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah kan?

Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang boleh kita perbetulkan dalam masyarakat kita tambahan waktu bulan puasa ni.Namun,saya serahkan kepada para pembaca sendiri untuk memikirkannya dan buat perubahan..sekurang-kurangnya cuba...tak mustahil dengan permulaan dan cetusan yang sedikit mampu untuk kita membina budaya yang lebih baik dalam dri kita sendiri sekurang-kurangnya..Sebab sifir perubhan diri ni telah disebutkan Allah dlam Surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud..
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Moga Ramadan ini kita gunakan sebaiknya untuk membina personaliti yang lebih baik berbanding sebelumnya...
Wassalam

WASIAT SAYYID QUTB

Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan
Tergugur syahid di medan perjuangan
Atau meraih kemenangan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Kita pasti berjaya
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan
Kerna pejuang tak mengenal kerehatan
Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan
Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Islam pasti berjaya
Relakanlah pemergianku ini
Iringiku dengan seribu doa
Semoga kita kan berjumpa semula
Di taman Syurga yang indah

sumber:saifulislam.com