Sunday, May 15, 2011

Fatrah Exam

Hmmm...Pelik2...benda yang aku paling pelik....Pasal apa agaknya,cuba teka?..
Lebih kurang 4 ari lagi aku akan menempuh first exam aku untuk final ni...tapi plik...semangat aku nak menempuh fatrah exam ini..tak seperti yang sepatutnya...org len study,aku boleh buat benda len...ish3..mana agaknya janji aku kat diri seniri ni....pastu bila dapat teruk mula muka monyok tak tentu pasal..padahal sapa yang salah?diri seniri gak....ish3...apa la...pikir3...awak tu dah lambat pick up skit....study gigih skit...tenet,movie smua ni tak ke mana....lepas peksa ni nak tgk,tgk la...aku tak mau menangis lagi...tolong lah....cukup lah skali...
sori yer pembaca semua....sengaja nak luahkan perasaan kat sni...

Wednesday, May 11, 2011

Cerita Sekarang....

Salam...Sori lah yer..Lama plak tak tulih kat sini....disebabkan beberapa kekangan yang tak dapat dihindari dan tanpa izinNya,maka tak dapat lah nak menulis kat sini...
Hmmm....Sedar tak sedar aku bakal menyelesaikan semester kedua tahun pertama di sini yang berbaki lebih kurang lagi 1 bulan lebih ni...Banyak benda sebenarnya yang aku dapat.......mungkin tak dapat nak dizahirkan dengan satu post ja kot....
Tapi aku dapat satu benda yang paling berharga dalam sem ni ialah nilai sebuah pembelajaran dan sebuah peperiksaan...hehehe..pelik kan kenyataan ni? Tapi tu lah sebenarnya yang mencorakkan dunia seorang penuntut ilmu sekarang ni..
Matlamat aku belajar sekarang memang dah berubah sama sekali dengan matlamat yang dulu.Kalau dulu,matlamat aku belajar ialah dapatkan tempat yang terbaik.Sebab ayah aku pernah cakap, kalau kita dah dapat keputusan yang elok,nak ambik bidang apa pun boleh.Tapi segalanya dah berubah...aku belajar sekarang bukan lagi untuk matlamat jangka masa yang pendek iaitu untuk peperiksaan,tetapi untuk digunakan pada masa akan datang.Anatomy,physiology dan histology tidak dilihat sebagai 3 mata pelajaran yang berlainan...tetapi sebagai 3 ilmu yang bercantum menjadi satu...(Anatomy=ilmu tentang organ dan tubuh badan manusia,physiology=ilmu tentang fungsi sistem badan manusia,histology=ilmu tentang tissue badan manusia).Kalau dulu,matematik ngan sejarah,jaraknya sangat jauh....sebab apa?Matematik akan menggunakan working memory dan sejarah akan menggunakan declarative memory,....(apa aku merapu ni?)tapi lebih kurang camtu lah..
Sem ni aku pernah merasa kecewa sebab aku tak dapat nak memenuhi kehendak markah yang aku nak....tapi ternyata rasa tu datang dari rasa tamak....kononnya sebab org lain dapat markah banyak aku dapat sikit.....dan macam2 lagi...tapi tu la.Akhirnya aku sedar,bukan itu yang menjadi ukuran bagi aku sekarang....bagi aku,rasa tawakal aku adalah untuk usaha aku bukan untuk dapat keputusan yang elok semata-mata...dan bagi aku,ni jalan aku,dan aku akan usaha sehabis-habisnya,walaupun aku terpaksa merangkak untuk sampai ke puncak.........sekian wassalam