Wednesday, December 29, 2010

Tasjil madah(Daftar Subjek)



Dalam kesibukan aku nak menghadapi final exam aku untuk bio lab ni,sempat gak la aku menghulurkan tangan aku menulis blog ni di kala aku rasa malas gila nak studi ni.Bila benda macam ni merasuk diri aku,studi pun dah tak masuk.So,lebih baik aku hiasi blog aku ngan cerita2 yang tak seberapa ni.
Jam 3 petang(waktu Jordan)26 Disember 2010
Waktu ini merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa JUST tahun satu.Waktu ini menentukan adakah mereka akan mendapat jadual pada semester kedua seperti yang dikehendaki mereka.Tambahan pulak untuk budak medik macam aku ni,semester depan akan berdepan dengan subjek2 medik yang semestinya baru bagi aku sep
erti anatomy,physiology n histology.Pada semester ni,para pelajar boleh menyusun jadual kuliah mengikut yang dikehendaki mereka berbeza dengan semester pertama yang jadualnya disusun oleh pihak universiti.
Oleh sebab pendaftaran subjek dilakukan secara on-line,maka waktu pendaftaran subjek merupakan satu perlumbaan bagi mendapatkan kelas pada waktu yang dikehendaki.Nak kena berlumba dengan semua budak tahun 1 medik plak tu.Cuba bayangkan.Memang susah gak la.Sesetengah kelas tu boleh dinamakan sebagai hot stuff.Cepat ja penuh.Kalau dah penuh tu,jadual yg kita dah sedia elok2 tadi terpaksalah kena susun lain.Ambiklah kelas yang masih ada kosong.Kesian betul keadaan tu.Nasib baik aku dapat semua kelas yang aku nak.Nasib baik.
Tapi,aku dalam dilema sama ada nak ambik elektif ka tak semster
ni.Sebab kalau aku habiskan awal-awal tak payah lah aku ambik banyak elektif waktu aku third year nanti.Tapi aku takut kalau-kalau benda ni memberatkan subjek
yang aku nak bawak ntuk semester ni.Benda baru plak tu.
Akhirnya,aku buat keputusan ambik satu elektif.Sebab aku difahamkan ada minggu add n drop.So,bolehlah aku test power aku kejap ntuk seminggu.Pastu baru pikir nak drop ka tak.Akhirnya,jadilah jadual aku macam yang di bawah ni.

Tuesday, December 21, 2010

Akidah dan Kita

Sedang leka meniti hari untuk aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku di semester yang pertama ni,aku tidak lupa untuk mengikuti program PINTAR yang dianjurkan oleh PERMAI(Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid).Program ni memang diwajibkan kepada semua pelajar2 baru Irbid khususnya.Perlaksanaannya kami akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberikan pendedahan sebagai seorang mahasiswa Islam yang mempunyai tugas yang berat setelah pulang ke tanah air nanti.
Semalam aku n kumpulan membincangkan soal akidah.Sebenarnya akidah sebenarnya bukanlah perkara baru tetapi bukan juga perkara yang biasa dalam kehidupan kita.Sebenarnya,penekanan akidah ini penting sebab Rasulullah sendiri menggunakan masa 13 tahun untuk memantapkan akidah para sahabat dan 10 tahun lagi baru berkenaan ibadah dan yang lainnya.
Lepas tu, PERMAI ngan MPPMJ(Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan) buat program API(Akses Pemikiran Islam).Pun Cerita pasai akidah.Aku suka isi dalam salah satu pembentangan kertas kerja tu.Mudah.Ngan ungkapan dua kalimah syahadah sudah cukup untuk menerangkan tentang asas akidah itu sendiri.Melalui ungkapan "Tiada tuhan melainkan Allah" boleh dikaitkan ngan tauhid rububiyyah,uluhiyyah dan asma' wa sifat.Ketiga-tiga tauhid bukanlah perkara yang perlu dipisahkan tetapi perlu digerakkan seiring.Jika tidak tidak lengkap akidah kita.Sebagai contoh,Abdul Mutalib ketika peristiwa tentera bergajah.Dia meyakini bahawa Allah akan menjaga sendiri rumahNya sedangkan pada waktu itu Kaabah dikelilingi oleh berhala.Ini menunjukkan wujudnya tauhid rububiyah dalam diri Abdul Mutalib tetapi tidak tauhid Uluhiyyah.
Seronok berbicara tentang tauhid Uluhiyyah,Rububiyah dan Asma' wa sifat.Tapi apakah semua tu?Tauhid Rububiyah adalah melibatkan dari atas ke bawah iaitu meyakini Allah itu sebagai pencipta dan pentadbir seluruh alam.Tauhid Uluhiyah melibatkan dari bawah ke atas iaitu meyakini hanya Allah yang perlu disembah dan diibadati.Tauhid Asma' wa sifat pula berkaitan meyakini Allah mempunyai nama-nama yang baik yang berkaitan ngan sifat-sifat kesempurnaannya.
Sebenarnya,aku sengaja tulis semua ni sebab perkara2 ni tiba-tiba mengingatkan aku untuk cermin diri aku sendiri.Sejauh manakah ketaatan dan kesyukuran aku kepada Allah yang membawa aku ke tahap ni.Sungguh iman seorrang manusia biasa itu "yazid wa yanqus" tapi tidak salah bukan untuk mengekalkan tahap keimanan ini di tahap yang terbaik agar setara dengan kurniaannya.Fiikirkanlah.....

Saturday, December 11, 2010

Perjalanan 1 Muharam

Salam..Fuhh..rasa release tension skit.Pasal apa aku cakap camtu?Sbb aku baru ja lepas abih 2nd exam.Letih skit kali ni.Biasa la,semakin lama belajar,Makin mencabar la soklan dia,tambah-tambah biologi.Makin banyak nak kena ingat.Physics soklan makin mencabar jiwa n raga.Chemistry plak lagi banyak konsepnya.Anyway,aku bersyukur sebab walaupun kali ni aku agak jatuh sikit berbanding 1st exam,tapi aku dah berjaya mencabar diri aku seniri.Maksud aku,markah aku stabil la.tak jatuh teruk sgt.Tapi aku rasa iri hati jugak la sbb ada ja member2 yang daoat markah tinggi2,full mark pun ada.Tapi macam biasa,aku kena akui kekurangan aku.Dari dulu lagi aku jarang nak boleh berada di tempat teratas.Aku harap final ni aku boleh all out.Jadi,aku boleh la bercuti dengan aman tanpa rasa kekusutan.Doakan kejayaan aku ya.
Ok la..Ni bukan isi cita aku yang sebenarnya.Selingan ja.Yang sebenarnya,aku nak cita pengalaman aku,ikut satu "rehlah".Dalam satu hari,kami berjaya ke 3 tempat yang menarik di Jordan ni iaitu Umm Qays,Ajloun dan Jerash.


Apa yang ada kat Umm Qays?Sapa yang pernah dengar pasai Acropolis.Salah satunya terletak di sini.Sapa yang belajar Sejarah Tingkatan Empat,mesti tau pasai benda ni.Acropolis ni merupakan pusat pemerintahan dalam Tamadun Yunani.Biasanya Acropolis ni terletak di tempat yang tertinggi di satu-satu tempat.Di atas merupakan teater yang terdapat di Acropolis ni.Dia kelihatan seolah-seolah seperti colloseum.Tapi perbezaannya ialah agak kecil berbanding colloseum yang lain.
Di atas merupakan Church Terrace.Kesemua binaan ni runtuh akibat gempa bumi.Melalui cerita ni, dapatlah kita ambil pengajaran,sejauh mana kehebatan sesebuah tamadun tu,namun kekuasaan Allah adalah yang paling hebat.Hanya dengan satu gempa bumi,habis binasa semua binaan yang hebat yang dibangga-banggakan oleh manusia.Allahhuakbar.

Di Umm Qays jugak,kami ambik kesempatan untuk menziarah 5 makam para sahabat Rasulullah S.A.W.Mereka ialah Muadz bin Jabal,Amar bin Abi Waqas,Sharhabel bin Hasanah,Abu Ubaidah Bin Jarrah dan Dirar Bin Al-Azwar.Kelima-lima sahabat ini meninggal dunia akibat penyakit wabak taun.Dikatakan,mereka telah pun diperintahkan berundur oleh Saidina Umar Al-Khattab,namun mereka enggan kerana tidak mahu meninggalkan tentera mereka di situ.Ini adalah apa yang kami dengar.Tapi yang pastinya,perjuangan mereka ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.Lebih-lebih lagi,Muadz Bin Jabal,yang merupakan salah seorang penulis wahyu.Ada salah sebuah hadis Rasulullah menyebut bahawa janganlah mengambil Al-Quran melainkan daripada 5 orang yang salah satunya merupakan Muadz Bin Jabal.Di atas merupakan gambar makam Amar bin Abi Waqas dan di bawah merupakan makan anak Muadz Bin Jabal,Abdullah bin Muadz.Beliau disemadikan bersebelahan dengan makam ayahnya.
Kemudian,kami meneruskan perjalanan ke Ajloun.Di Ajloun,terdapat salah sebuah kubu atau kata lainnya "castle".Tempat terletak berdekatan sempadan Jordan-Palestin.Dikatakan,tempat ini merupakan salah satu daripada kubu lain yang dibina di sekeliling Palestin oleh Salahudin Al-Ayyubi dalam usaha menawan Baitulmaqdis.Di dalam castle ini,terdapat sebuah muzium yang menempatkan beberapa barangan bersejarah seperti cawan,jag dan syiling.
Selesai di Ajloun,kami pun bergegas ke salah sebuah kota Rom iaitu Jerash.Jerash merupakan salah sebuah kota tinggalan Rom yang musnah akibat daripada kebakaran.Di sini,ada diceritakan tentang kesan kebudayaan Hellenistik yang dibawa oleh Alexander The Great yang mempercayai tentang kewujudan Tuhan Zeus.Terdapat sebuah kuil dipercayai menempatkan tuhan mereka itu.Kota ini juga menempatkan dua buah colloseum.Apa yang menarik tentang teknologi colloseum ni adalah apabila anda berdiri di tengah colloseum ni,dan mengeluarkan suara.Pastinya suara anda akan kedengaran di setiap penjuru colloseum tersebut.Hebat bukan?Hehehe.Selain itu,terdapat satu lagi teknologi yang menarik adalah berkenaan tiangnya.Sebenarnya tiang yang teguh ini,tidak disambung dengan alasnya.Tiang ini hanya diletakkan tanpa apa-apa penyambung seperti simen atau lain-lain.Buktinya,anda hanya perlu letakkan sudu atau sebatang besi antara tiang dan alasnya.Kemudian,sila tolak tiang tersebut sekuat hati anda.Anda akan lihat sudu atau batang besi tadi bergerak menunjukkan bahawa tiang tersebut bergoyang.Namun,teknologi ini hilang hanya dengan sekelip mata akibat daripa kebakaran yang tidak disangka-sangka.
Demikianlah,tentang rehlah yang diikuti oleh aku dan beberapa orang rakan yang lain.Betullah kata orang,jauh berjalan luas pengalaman.
Fuhh...Habis cerita.Selepas ini,aku kena meneruskan usaha aku dalam membuat persiapan untuk final exam.Agak seriau la sebab markah final exam ini akan cover 40% daripada markah keseluruhan semester ni.Tambahan pula,final exam ni akan meliputi semua ilmu yang dipelajari dalam keseluruhan semester.Doakan agar aku dapat membuat persiapan yang terbaik dan melakukan yang terbaik dalam final exam ni.Wassalam

Saturday, December 4, 2010

Setelah Sekian Lama

"Bila la nak update blog ni?"getus hatiku.....hehehe...akhirnya aku dapat jugak peluang nak update blog aku yang tak seberapa ni.
Kali ni aku nak start dengan raya haji aku kat sini.Camna nak describe ye.Macam biasa la.Pagi2,mesti la pegi sembahyang sunat aidiladha.Tahun ni kiranya tahun kedua aku beraya haji bukan dengan keluarga.Tahun pertama waktu aku SPM aritu.Tak rasa apa-apa pun waktu tu.Tapi kali ni terasa la jugak.Mungkin sebab kali ni memang berjauhan betul2 dengan keluarga, tak tahu lagi bila nak pulang ke kampung halaman.kalau ada rezeki sampailah aku.Ni la nasib seorang perantau.(Syahdu gila ayat ni). Ni gambar lepas sembahyang raya.Semua nampak ceria ja kan?Padahal semua sedang menyembunyikan perasaan sedih dalam hati.Hehehe.
Selain daripada beraya,kami pun ambil kesempatan melancong akibat cuti yang agak panjang.Oleh itu, member aku telah pun menempah sebuah bas.Kebetulan,diorang ada menyimpan nombor seorang pemandu bas unversiti.Jadi,kami mengumpulkan rakan-rakan yang lain yang nak mengikuti pakej ni.Dengar macam grand ja kan?Kami pergi meancong dua tempat ja sebab atas cadangan untuk sehari ja.Kami pergi main "paintball" dan Laut Mati.




Memang first experience la main "paintball" ni.Seronok walaupun kena headshot sekali.Sedih gila.Nak kena practise lagi lepas ni.Kat Laut Mati plak,kami mandi.Pada pertama kalinya,kami menyelam dengan seronoknya,tiba-tiba terasa mata sangat pedih.Memang tak boleh menyelam.Mengikut kata-kata member,akibat terlalu masin,air tu jadi asid.Tapi kepedihan tu sementara la.Yang seronoknya,orang yang tak pandai berenang macam aku ni,tiba-tiba jadi Danial Beego(perenang Malaysia).Kira seronok la dapat cipta sejarah camtu.Hehehe.
Secara keseluruhannya,percutian ni memang bes sebab memang terasa rapatnya ukhuwah antara kami yang akan menghadapi lebih kurang 6 tahun lagi di sini.Memang terasa macam adik-beradik.Harap-haraplah ukhuwah ni akan berpanjangan.Sekian......